'Liverpool calar ego The Citizens'
Orang sudah boleh baca Tiki Taka Guardiola
MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan taktikal 'Tiki Taka' atau hantaran pendek yang dipraktikkan Pep Guardiola bukan lagi menjadi ancaman besar buat pasukan lawan.
Lebih tepat, kebarangkalian taktikal Guardiola sudah boleh dibaca pasukan lawan sekali gus kekuatan City tidak sama ketika beliau membimbing bekas pasukan, Bayern Munich dan Barcelona.
Awal pagi semalam, The Citizens tewas tipis 0-1 kepada Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana England.
Lebih teruk, Guardiola kini menyaksikan gawang the Citizens telah dibolosi 21 gol sepanjang 19 perlawanan yang mana rekod itu menjadikan mereka antara yang terbanyak dikalangan pencabar-pencabar utama kejuaraan Liga Premier musim ini berbanding Chelsea selaku peneraju liga ketika ini hanya bolos 13 gol sahaja.
Menyedari masalah itu, Guardiola dilaporkan telah bersedia membawa masuk pemain Bayern yang juga merupakan pemain pertahanan antarabangsa Jerman, Holger Badstuber pada jendela perpindahan Januari ini.
Walaupun terdapat ramai pemain pertahan yang dikaitkan dengan Manchester City termasuklah pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk namun Badstuber dilihat calon yang paling idela menyertai skuad The Citizen ini kerana dia pernah bermain dibawah kendalian Guardiola ketika bersama Bayern.
Badstuber pernah berada di bawah kendalian Guardiola selama tiga musim di Bayern dan dia dijangka tidak mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan dan latihan yang dikendalikan pengurus kelahiran Sepanyol itu walaupun ketika di kelab gergasi Jerman dia kerap disisihkan akibat masalah kecederaan.
Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu telah kembali pulih dan cergas setelah membuat tiga penampilan bersama Bayern dalam tempoh dua bulan dan terdesak untuk mencari pasukan bagi membolehkannya beraksi dalam kesebelasan utama setelah lama berehat.
Sebagai rekod, Badstuber merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi remaja Bayern.
Awal pagi semalam, The Citizens tewas tipis 0-1 kepada Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana England.
Lebih teruk, Guardiola kini menyaksikan gawang the Citizens telah dibolosi 21 gol sepanjang 19 perlawanan yang mana rekod itu menjadikan mereka antara yang terbanyak dikalangan pencabar-pencabar utama kejuaraan Liga Premier musim ini berbanding Chelsea selaku peneraju liga ketika ini hanya bolos 13 gol sahaja.
Menyedari masalah itu, Guardiola dilaporkan telah bersedia membawa masuk pemain Bayern yang juga merupakan pemain pertahanan antarabangsa Jerman, Holger Badstuber pada jendela perpindahan Januari ini.
Holger Badstuber dijangka menyertai skuad Pep Guardiola pada jendela perpindahan Januari nanti. |
Badstuber pernah berada di bawah kendalian Guardiola selama tiga musim di Bayern dan dia dijangka tidak mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan dan latihan yang dikendalikan pengurus kelahiran Sepanyol itu walaupun ketika di kelab gergasi Jerman dia kerap disisihkan akibat masalah kecederaan.
Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu telah kembali pulih dan cergas setelah membuat tiga penampilan bersama Bayern dalam tempoh dua bulan dan terdesak untuk mencari pasukan bagi membolehkannya beraksi dalam kesebelasan utama setelah lama berehat.
Sebagai rekod, Badstuber merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi remaja Bayern.
Pencapaian dan kejuaraan yang dimilikki :
Juara Liga Jerman
Juara Piala Jerman
Juara Piala Kelab Dunia
Juara Piala Super Eropah
Piala Super Jerman
No comments