Header Ads

Mane mahu ulangi merosakkan sambutan harijadi Pep Guardiola.

SATU tahun lalu, Sadio Mané telah menghampakan pasukan Bayern Munich yang dikendalikan oleh Pep Guardiola ketika membantu Red Bull Salzburg menewaskan Bayern Munich pada tahun 2014.


Pada perlawanan itu Mane telah membantu Red Bull Salzburg dengan menjaringkan satu gol serta membantu dua lagi gol untuk pasukan Red Bull Salzburg menewaskan Bayern Munich 3-0.

Sekali lagi bekas bintang Red Bull Salzburg yang kini bersama Liverpool berharap dapat 'merosakkan' sambutan ulang tahun kelahiran Pep Guardiola yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada 18 Januari nanti.

"Ia merupakan saat yang paling gembira dan saya masih ingat ketika menentang Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan dan kita mencapai kemenangan 3-0 dengan pasukan yang hebat seperti Bayern Munich" 

Walaupun mengakui bahawa perlawanan menentang Manchester City nanti adalah perlawanan yang berbeza, namun Mane mengakui bahawa Pep selaku bekas pengendali Bayern Munich pasti tidak dapat melupakan apa yang dilakukan oleh beliau terhadap pasukan kendalian Pep ketika itu.

Mane yang akan bermain perlawanan terakhir di Anfield sebelum menyertai kejohanan Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal berharap Liverpool mampu menewaskan Manchester City dalam saingan Liga Premier awal pagi nanti.

Sekali lagi bekas bintang Red Bull Salzburg yang kini bersama Liverpool berharap dapat 'merosakkan' sambutan ulangtahun kelahiran Pep Guardiola.

Pertembungan Liverpool menentang Manchester City bakal menyaksikan pertembungan dua pasukan yang kini merupakan antara pasukan yang memiliki rekod jaringan tertinggi didalam Liga Premier ketika ini. 

Liverpool kini telah menjaringkan 45 gol manakala Manchester City pula telah menjaringkan 39 gol.

Carta kedudukan Liga Premier.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.