Header Ads

Kalah susah..Menang pun susah.

Inilah situasi yang menimpa Faiz Subri kini.Terlalu banyak cerita negatif yang dikaitkan dan ditumbulkan berbanding cerita mengenai kejayaan  beliau yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.

Cerita Sebelum Menang - Pakai Baju Tradisional Melayu.
Belum lagi pakai dah kena kutuk. Di media sosial pula lebih banyak memperkatakan ataupun mempertikaikan mengenai pakaian yang akan dipakai oleh beliau berbanding mengenai sepakan dan jaringan gol yang dilakukan oleh beliau sehingga melayakkan beliau berada dipentas akhir.

Terlalu banyak komen bersifat negatif berbanding yang bangga dengan kejayaan beliau untuk berada dipusingan akhir Anugerah Puskas FIFA bagi kategori penjaring gol paling cantik sepanjang 2016

Anda semua boleh membaca pada laman berikut:

Bawaklah Pelamin Sekali : Baju Melayu Bakal Dipakai Faiz Subri Di Anugerah FIFA Dikecam Netizen - OhBulan!


Antara komen yang diterbitkan dilaman Oh Bulan!


Cerita apabila sudah menang.
Ingatkan cerita negatif ini akan tamat setelah beliau berjaya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016, namun timbul pula kisah baru yang bersifat negatif.

Faiz Subri menewaskan pencabar lain.
Bahasa dan pencapaian pula di isukan dan dikaitkan.
Boleh klik pada link dibawah untuk membaca.

Pertikai kemampuan Faiz Subri berbahasa Inggeris, netizen bidas penulis portal - Astro Awani

Saya Tak Mahu Angkat Beliau Setinggi Langit – TMJ Tinggalkan Pesanan Untuk Faiz Subri & Rakyat Malaysia - Oh Bulan

Ini belum masuk soal imbuhan lagi. Rakyat Malaysia lebih gemar membicarakan sesuatu yang negatif berbanding yang positf.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.