Header Ads

Rebutan Tiga Pasukan

Mengikut laporan La Gazzetta dello Sport , tiga kelab utama dari Liga Inggeris dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap dan juga penyerang Inter Milan, Ivan Perisic.

Perisic, 27 tahun merupakan pemain kebangsaan Croatia pernah beraksi bersama kelab Jerman, VfL Wolfsburg sebelum menyertai Inter Milan telah meledakkan 18 gol bersama kelab Jerman itu. Bersama Inter Milan, beliau telah berjaya menjaringkan 14 gol setakat ini dengan 53 penampilan.

Ivan Perisic pemain kebangsaan Crotia yang menjadi rebutan tiga kelab utama Liga Inggeris. Kredit gambar : Sky Sport.
Perisic dianggarkan bernilai sekitar €35juta mula menyertai Inter Milan pada 30 Ogos 2015 daripada VfL Wolfsburg dengan jumlah bayaran perpindahan bernilai €19 juta untuk kontrak selama lima tahun.

Mengikut laporan, Manchester United, Liverpool dan Chelsea dikatakan berminat untuk memilikki pemain ini yang masih mempunyai baki kontrak bersama Inter Milan sehingga tahun 2020.

Rekod penampilan:
Musim Liga Kelab Penampilan Gol Bantuan
16/17 Liga Itali Inter Milan 19 7 4
15/16 Liga Itali Inter Milan 34 7 5
15/16 Liga Jerman VfL Wolfsburg 2 1 -
14/15 Liga Jerman VfL Wolfsburg 24 5 6
13/14 Liga Jerman VfL Wolfsburg 33 10 5
12/13 Liga Jerman VfL Wolfsburg 11 2 1
12/13 Liga Jerman Borussia Dortmund 14 2 1
11/12 Liga Jerman Borussia Dortmund 28 7 3
Jumlah 165 41 25


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.