Header Ads

Terpaksa Bersara Awal

Pemain yang dikatakan bakal menjadi seperti lagenda Arsenal - Patrick Vieira, Gueïda Fofana akhirnya mengumumkan persaraan beliau diusia 25 tahun pada 18 January 2017 lalu.

Fofana mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak profesional setelah mengalami kecederaan berterusan pada pergelangan kakinya.

Beliau yang menyertai Lyon pada tahun 2011 daripada kelab asalnya Le Havre dengan nilai perpindahan dianggarkan mencecah  €2.6 juta mengikat kontrak bersama kelab tersebut selama empat tahun.

Namun kecederaan pada pergelangan kakinya memaksa beliau bersara lebih awal setelah beliau hanya membuat dua penampilan bagi dua musim lalu dengan hanya 41 minit beraksi bagi dua penambilan tersebut.

Setelah mengadakan perbincangan dan mendapat 'restu' pihak pengurusan kelab Lyon, beliau akhirnya akur dengan kecederaan yang dialaminya yang memaksa beliau untuk bersara lebih awal.

Pemain ini yang beraksi pada posisi 'defensive midfielder' juga mampu beraksi pada posisi pertahanan tengah dan sering kali dibandingkan dengan lagenda Arsenal, Patrick Vieira kerana perwatakan dan fizikal yang dimilikki beliau.

Alexandre Lacazette bersama rakan pasukan Lyon menunjukkan tanda sokongan kepada Gueïda Fofana dengan mempamerkan jersi bernama beliau pada perlawanan awal pagi tadi.
REKOD DAN PENCAPAIAN
Fofana yang cukup cemerlang ketika membantu skuad remaja Perancis menjuarai UEFA European Under 19 Football Championship pada tahun 2010 merupakan kapten Perancis untuk kesemua peringkat remaja yang disertai beliau.
Tahun Pasukan P G
2006–2007 Perancis B6 13 2
2007–2008 Perancis B7 18 4
2008–2009 Perancis B18 9 0
2009–2010 Perancis B19 13 1
2010–2012 Perancis B20 17 2
2012 Perancis B21 2 1
P=Penampilan, G= Gol dijaringkan

Rekod Fofana bersama kelab Le Havre.
MUSIM P G B
2009–10 31 1 1
2010–11 36 3 3
Jumlah 67 4 4
P=Penampilan, G= Gol dijaringkan, B= Bantuan Gol

Rekod bersama Lyon.
MUSIM P G B
2011–12 25 0 1
2012–13 35 5 2
2013–14 33 4 4
2014–15 2 0 0
2015–16 0 0 0
JUMLAH 95 9 6
P=Penampilan, G= Gol dijaringkan, B= Bantuan Gol


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.