Header Ads

'Kalaulah Mourinho tu boleh dimakan... Dah lama aku makan dia'

'Kalaulah Mourinho tu boleh dimakan... Dah lama aku makan dia'

ITULAH ucapan bekas pengendali Manchester United, Thomas Henderson "Tommy" Docherty 88 tahun, yang tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Jose Mourinho bersama kelab Manchester United.

Tommy Docherty yang pernah membimbing Machester United pada tahun 1972 sehingga 1977 juga dikenali dengan gelaran 'The Doc' masih tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Mourinho terhadap Manchester United.

Pencapaian terbaik Docherty sebgai pengurus adalah dengan membawa pasukan Manchester United menjuarai Piala FA pada musim terakhir beliau bersama Manchester United iaitu pada musim 1976/1977 selain membantu skuad Manchester United menjuarai Division Dua pada musim 1974/1975.

Pencapai terbaik Docherty sebagai Pengurus Manchester United adalah menjuarai Piala FA 1977.
Ketika menjawab soalan Evening Times, Docherty berkata: " Kalaulah Mourinho boleh dimakan dah lama aku makan dia"

Docherty ternyata berang dengan Morinho sambil menyoalkan tindakan Mourinho yang membeli Paul Pogba dengan harga yang melampau £100juta (MYR 550 juta) 100 kali lebih mahal daripada harga yang dijual oleh Sir Alex Furgeson kepada Juventus £1 juta (MYR 5.5 juta) pada tahun 2012.

BUKAN SAHAJA BERANG DENGAN MOURINHO

Docherty juga berang dengan Manchester United kerana layanan bekas kelab beliau itu seolah-olah tidak menghargai beliau dan beliau lebih berminat untuk menyaksikan perlawanan Manchester City berbanding Manchester United.

Beliau juga pernah membimbing beberapa pasukan lain di Liga Premier seperti Chelsea, Derby County, Aston Villa dan Queens Park Rangers menganggap Manchester United tidak pernah menghargai beliau serta dikenakan harga tiket bagi menyaksikan perlawanan Manchester United berbanding Chelsea yang masih menghantar hamper setiap kali menjelang sambutan Krismas.

Nota kaki :
Docherty memenangi Piala Liga pada tahun 1965 bersama Chelsea selaku pengurus pasukan.

Docherty telah dipecat dari Manchester United hanya beberapa bulan selepas memenangi Piala FA kerana  mempunyai hubungan sulit dengan ahli fisioterapi Manchester United.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.