Header Ads

Drama Jawatan Presiden FAM


Drama Jawatan Presiden FAM

Tan Sri Annuar Musa (TSAM), salah seorang calon Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dikatakan menarik diri dari merebut jawatan Presiden FAM. Beliau turut menyatakan sokongan kepada Khairy Jamaluddin (KJ) sambil menyifatkan KJ adalah calon paling sesuai memegang jawatan tersebut.


Petikan asal kenyataan TSAM.


Sementara itu pula, KJ menyatakan hasrat untuk menarik diri jika TMJ bersetuju bertanding jawatan Presiden FAM. Beliau turut berpendapat, Tan Sri Aseh akan turut menarik diri jika TMJ bersetuju bertanding.

Jika ini berlaku, TMJ menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut. Walaubagaimanapun TMJ telah beberapa kali menyatakan beliau tidak berminat dengan jawatan Presiden FAM malah menamakan Tan Sri Aseh sebagai individu paling sesuai memegang jawatan panas itu.

Jika TMJ tidak bertanding, KJ akan memikirkannya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan bersetuju bertanding atau tidak.

"Saya perlu tanya terlebih dahulu kepada rakan-rakan yang telah mencalonkan saya. Apakah harapan mereka dan kenapa mereka mencalonkan saya."

"Barulah saya dapat gambaran yang lebih baik. Tidak boleh kita letak ketepi calon lain. Ini semua individu yang mempunyai pengaruh besar dalam arena bola sepak tempatan."


Annuar SEDIA TARIK DIRI KJ BERTANDING
"Pencalonan diri saya tidak lagi releven bila KJ (Khairy) sudi menerima pencalonan dirinya... Good luck KJ. Saya harap beliau dapat memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat Malaysia sebagai Top 100 Nation dalam arena bola sepak. - SINAR HARIAN

KJ  SEDIA TARIK DIRI TMJ BERTANDING
Terdahulu, Khairy berkata beliau belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut dan sedia menarik diri sekiranya seorang lagi calon, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat bertanding. - SINAR HARIAN

SEMUA TARIK DIRI
Ditanya kesediaan beliau menarik diri sekiranya TMJ mahu bertanding, Khairy berkata: "Ya, pasti (saya akan tarik diri) dan saya rasa Tan Sri Annuar (Musa) pun akan tarik diri. "Dia (Annuar) kata kalau TMJ bertanding dia akan tarik diri. Tan Sri Aseh (Che Mat) saya rasa automatik (tarik diri)," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, sebentar tadi. - Berita Harian

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.