'Stadium Batu Kawan ada momok?'
SEBAIK memasuki tirai 2017, boleh dikatakan bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi atau lekang dari sebarang kontroversi.
Bermula isu tunggakan gaji pemain serta jurulatih Selangor sehingga detik membanggakan negara apabila Faiz Subri dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas FIFA 2016 jelas menyaksikan bola sepak tempatan ada keunikkannya tersendiri.
Namun, agak janggal jika kita cuba mengaitkan kisah 'seram' dengan bola sepak tetapi percaya atau tidak, itulah yang berlaku di dalam pasukan Liga Malaysia musim ini.
Stadium Batu Kawan - venue yang bakal menjadi gelanggang pasukan Pulau Pinang sepanjang Liga Super, dikejutkan dengan satu kejadian aneh apabila satu gendang yang lama telah ditinggalkan 'berbunyi' sendiri.
Menurut sumber rapat dengan pasukan dari Utara itu yang enggan dikenali, gendang 'misteri' itu terletak di belakang bilik VVIP Stadium Batu Kawan, tiba-tiba 'berbunyi' ketika unit pengurusan penilaian melakukan susulan semakan bagi memastikan stadium itu boleh digunakan pada musim ini.
Bagaimanapun, Stadium Batu Kawan yang telah lama tidak beroperasi, dijangka diluluskan untuk skuad bola sepak skuad Harimau Kumbang biarpun berlaku sedikit 'cobaan' ketika penilaian venue dilaksanakan.
Jika benar gendang misteri itu masih ada, KakiBola berharap peminat-peminat Pulau Pinang memiliki semangat yang kental dan tidak takut agar kita terus memeriahkan Stadium Batu Kawan apatah lagi kita mahu menyaksikan lebih banyak gol menarik seperti yang dilakukan oleh Faiz Subri pada musim lalu.
Bukan apa, kadang-kadang manusia lebih menakutkan dari hantu, jadi KakiBola berpendapat lebih baik kita mendoakan Stadium Batu Kawan bakal memberikan tuah kepada Pulau Pinang.
No comments