Header Ads

Liga Sosial Lembah Klang


BERMULA dengan 'suka-suka' dimana mereka mengatur dan menguruskan perlawanan persahabatan diantara pasukan-pasukan amatur disekitar Lembah Klang, kini mereka telah berjaya menguruskan sebuah liga amatur iaitu Liga Sosial - Klang Valley League (KVL) untuk memberi peluang kepada pasukan-pasukan amatur untuk bersaing secara lebih kompetitif.

KLANG VALLEY LEAGUE (KVL)

Liga yang diwujudkan pada tahun 2014 dengan hanya 10 pasukan menyertainya pada peringkat awal penubuhan liga ini dan dikenali dengan panggilan KVL Gombak.

Setahun kemudian KVL mengembangkan lagi liga mereka dengan penubuhan KVL Damansara dan pada tahun 2016 KVL Cyberjaya diwujudkan menjadikan mereka memiliki tiga liga untuk diuruskan.

Pada tahun 2017 menyaksikan KVL mewujudkan satu lagi liga iaitu KV Super League Shah Alam menjadikan mereka kini memilikki empat liga dibawah naungan KVL.

2014 KVL Gombak : Padang KLFA
2015 KVL Damansara : Padang New Camp
2016 KVL Cyberjaya : TSI Sports Arena
2017 KVL Shah Alam: Stadium Panasonic


'Best of the Best'
Apa yang menariknya mengenai KV Shah Alam Super League 2017 ini adalah disini menghimpunkan beberapa kelab amatur yang boleh dikategorikan pasukan  'elit' kerana mereka ini merupakan antara pasukan yang pernah menjuarai liga dan naib juara liga disamping pernah beraksi didalam saingan Selangor Champions League 2016.

*Untuk bersaing di Selangor Champions League (SCL) hanya 16 pasukan terbaik (Juara dan Naib Juara) dari 8 liga sosial terpilih sahaja layak beraksi dikejohanan ini.

Bagi edisi pertama KV Super League Shah Alam 2017 sejumlah 16 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan liga bagi memastikan slot automatik ke saingan Selangor Champions League 2017.

Pasukan manakah yang bakal menjuarai liga KV Shah Alam Super League 2017 untuk layak digelar 'Best Of The Best'.



Berikut adalah 16 buah pasukan dalam KV Super League musim ini.

Bil. Pasukan Info Ringkas
1 Terrapins FC Juara Selangor Champions League - SCL 2016.
2 Ingress Tigers FC Suku Akhir Selangor Champions League 2016.
3 Alam Megah Peringkat Kumpulan Selangor Champions League 2016
4 PIB Peringkat Kumpulan Selangor Champions League 2016.
5 KRU Peringkat Kumpulan Selangor Champions League 2016.
6 Perindu Legend Naib juara Div 1 KVL Gombak
7 AU FC Naib juara Div 2 KVL Gombak
8 Level Up Juara KVL Damansara untuk kategori Plate
9 Sunway University Juara Garden Social League
10 SA United Tangga ke-empat KVL Cyberjaya musim lepas
11 SA Antlers KV Shah Alam Super League
12 Dataran KV Shah Alam Super League
13 SJSA KV Shah Alam Super League
14 SLBJ KV Shah Alam Super League
15 Ex-Project KV Shah Alam Super League
16 CABJ Juara Perangsang Selangor League 2012/2013

Bagi mengikuti perkembangan dan kemeriahan KVL ini boleh layari ataupun mengikuti FACEBOOK (klik) dan Instagram @klangvalleyleague .



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.