Header Ads

Kuala Lumpur Menukar Pemain Import Sehari Sebelum Liga Bermula

Kuala Lumpur FA menggugurkan penyerang dari Argentina, Carlos Chamorro dan digantikan dengan Guilherme de Paula.

Chamorro adalah penyerang yang dipilih oleh bekas jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria setelah beliau menyaksikan sendiri aksi Chamorro di Argentina November lepas.
Carlos Chamorro yang digugurkan oleh KLFA
Walaubagaimanapun, jurulatih baru KLFA, Wenderley Junior tidak berpuas hati dengan persembahan dan mutu yang ditunjukkan oleh Chamorro sepanjang aksi pra-musim dan mengambil keputusan menggantikan beliau dengan de Paula.

Guilherme de Paula mula menjalani latihan bersama KLFA
Guilherme de Paula bukanlah asing di Liga Malaysia kerana pernah menjadi penyerang utama Selangor pada tahun 2015 dan pada tahun lepas beliau menjadi ayam tambatan pasukan PDRM.

Petang tadi de Paula kelihatan mula menjalani latihan bersama skuad ibukota sementara Chamorro hanya menjadi pemerhati di tempat latihan KLFA.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.