Header Ads

Koleksi Kad Merah Xhaka

Xhaka dilayangkan kad merah ketika Arsenal menewaskan Burnley 2-1 malam tadi.
Sejarah kad merah Granit Xhaka selepas beliau buat kali kesembilan dibuang padang dalam tempoh tiga tahun.

19 April 2014: Freiburg lwn Borussia Monchengladbach.
Dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua didalam perlawanan ini diatas kesalahan mengasari  pemain  Frieburg, Felix Klaus. Xhaka terpaksa dikeluarkan ketika keputusan terikat 1-1. Tamat permainan Frieburg 4-2 Borussia Monchengladbach

22 November 2014: Borussia Monchengladbach lwn Eintracht Frankfurt.
Xhaka kembali beraksi setelah berehat selama sebulan akibat kecederaan dan kepulangan beliau pada perlawanan ini berakhir dengan beliau dilayangkan dua kad kuning dan seterusnya layangan kad merah. Kad kuning pertama diterima akibat bantahan beliau mengenai jaringan beliau yang dibatalkan akibat 'offside' dan kad kuning kedua diterima tidak lama selepas insiden itu kerana melakukan kesalahan diatas padang.

26 Februari 2015: Borussia Monchengladbach lwn Sevilla.
Xhaka berjaya menyamakan kedudukan dalam perlawanan menentang Sevilla untuk saingan 'Europa League' selepasa Carlos Bacca menjaringkan gol pembukaan buat Sevilla. Namun sekali lagi Xhaka diperintah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-68 dengan kedudukan terikat 2-2. Gladbach yang memerlukan kelebihan dua jaringan keatas Sevilla untuk layak ke peringkat seterusnya akhirnya kalah 2-3 pada perlawanan tersebut dan kalah 2-4 secara aggregat.

30 Ogos 2015: Werder Bremen lwn Borussia Monchengladbach.
'Kaki tinggi' Xhaka yang menendang bola ketika mencabar Assani Lukimya-Mulongoti  didalam kawasan penalti sendiri menghadiahkan penalti buat pasukan Bremen dan 'hadiah' kad kuning kedua (kad merah) buat dirinya. Walaupun Bremen gagal menyempurnakan sepakan itu, namun pasukan itu telah mendahului 2-1 sehingga wisel penamat.

7 November 2015: Borussia Monchengladbach lwn Ingolstadt.
Walaupun perlawanan ini berkesudahan seri 0-0, namun Xhaka diperintahkan keluar padang setelah menerima kad kuning kedua tidak lama selepas menerima kad kuning pertama pada minit ke-18.

20 Disember 2015: Borussia Monchengladbach lwn Darmstadt.
Pada minit ke-38 perlawanan,Xhaka telah ditunjukan jalan meninggalkan padang  selepas menerima kad merah akibat menyepak pemain Darmstadt yang menarik beliau. Walapun ketika itu Gladbach ketinggalan 0-1 namun akhirnya perlawanan ini dimenangi  Gladbach dengan keputusan 3-2.

6 September 2016: Switzerland lwn Portugal.
Satu-satunya kad merah Xhaka dalam bola sepak antarabangsa adalah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia tahun lalu, apabila dia telah dilayangkan kad kuning kedua akibat terjahan kasar keatas pemain Portugal, Joao Mario pada masa kecederaan. Switzerland bernasib baik kerana mereka mampu bertahan dengan 10 pemain untuk memenangi 2-0.

15 Oktober 2016: Arsenal lwn Swansea.
Kad merah pertama Xhaka bersama Arsenal apabila beliau diperintah keluar padang setelah menjatuhkan Modou Barrow dalam usaha beliau menghalang serangan balas Swansea. Arsenal menang 3-2.

22 January 2017: Arsenal lwn Burnley
Kad merah kesembilan Xhaka untuk tempoh tiga tahun dan kad merah kedua Xhaka bersama Arsenal. Xhaka dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Burnley, Defour pada minit ke-65 dan ketika itu Arsenal mendahului Burnley 1-0. Perlawanan berkesudahan Arsenal menang 2-1.

SUMBER : SKYSPORTS

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.