Header Ads

Perak lantik Jurulatih DRB Hicom dan Kekalkan Seorang Import.

Perak FA dilaporkan melantik bekas Jurulatih DRB-Hicom FC, Chong Yee Fatt sebagai Ketua Jurulatih barunya bagi menghadapi musim baru Liga Super 2017.




Chong Yee Fat yang pernah menjadi Penolong Jurulatih Perak, berjaya membawa pasukan DRB-Hicom menamatkan saingan Liga Premier Malaysia 2015 ditangga ke-10 liga dan pada musim 2016 beliau sekali lagi berjaya mengemudi pasukan DRB-Hicom untuk menamatkan saingan Liga Premier Malaysia ditangga ke-7.

Beliau dilaporkan akan mengemudi pasukan Perak bagi musim 2017.

Chong Yee Fat jurulatih yang dikatakan akan mengemudi pasukan Perak musim 2017.

Pemain Import Baru.

Selain dari itu, Perak FA juga dilaporkan hanya akan mengekalkan Thiago Junior dan melepaskan 3 lagi pemain import musim 2016. Musim 2017 adalah musim ke-3 Thiago Junior bersama Perak selepas menyertai pasukan itu pada Disember 2014. 

Hasrat Thiago Junior untuk kekal bersama Perak semakin cerah.
Pengurusan pasukan Perak sedang meneliti beberapa pemain bagi melengkapkan 3 lagi kuota import pasukan tersebut.

Pasukan Perak bagi musim 2016.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.