Header Ads

Ingress Tigers FC

SERING bertukar nama semenjak ianya ditubuhkan akhirnya pasukan ini mahu kekal dikenali dengan nama Ingress Tigers FC. 


Ditubuhkan pada tahun 2004, Heiqal Kamaruzaman Khan merupakan pengasas dan presiden kepada pasukan ini bertekad untuk membawa pasukan ini ke tahap yang lebih profesional dan mampu bersaing didalam Liga Malaysia suatu hari nanti.

Ingress Tigers yang kini beraksi didalam saingan liga sosial Klang Valley Super League 2017 (KVL) ataupun Klang Valley Shah Alam Super League 2017 berharap mampu menjuarai liga ini terlebih dahulu sebelum 'beralih' menyertai Liga Malaysia.

Selain bermain di KVL, Ingress Tigers juga menyertai satu lagi liga sosial iaitu Liga Selangor Premier League (SSPL) yang digunakan sebagai platform untuk mencari dan mengasah bakat pemain-pemain muda Ingress Tigers sebelum diserapkan kedalam skuad senior.

Pasukan Ingress Tigers ketika perlawanan menentang Perindu Legend
Dengan perancangan yang rapi, Heiqal yang juga merupakan pengurus kepada Ingress Tigers telah berjaya menarik beberapa nama besar untuk dijadikan rakan penaja kepada pasukan ini seperti Sapura Kencana Petroleum dan juga Ingress Corporation Berhad.

Dengan menetapkan sasaran muncul juara KV Super League Shah Alam 2017 dan juga juara SCL 2017, Ingress Tigers kini dilihat semakin yakin setelah berjaya 'membelasah' lawan mereka CABJ 8-1 pada perlawanan kedua liga setelah seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang SA Antlers.

Ingress Tigers meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan memenangi perlawanan ketiga mereka 9 Januari lalu. Dan kali ini SJSA menjadi mangsa mereka dengan Ingress Tigers membelasah pasukan SJSA 8-1.

Terbaru Ingress Tigers telah berjaya mengalahkan Perindu Legend dengan keputusan 3-1 pada perlawanan minggu keempat yang diadakan pada16 Januari lalu untuk Ingress Tigers mengejar pasukan PIB yang kini mendahului carta liga KV Shah Alam Super League 2017.

Minggu Lawan Keputusan Catatan
1 Antlers 1-1 Seri
2 CABJ 8-1 Menang
3 SJSA 8-1 Menang
4 Perindu Legend 3-1 Menang

Dengan tiga kemenangan dan satu seri, Ingress Tigers kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 10 mata selain memiliki kelebihan perbezaan gol yang besar.

Kedudukan Pasukan Mata Menang Seri Kalah +/-
1 PIB 12 4 0 0 15
2 Terappins 12 4 0 0 9
3 Ingress Tigers 10 3 1 0 16
4 SA Antlers 10 3 1 0 11
Empat pasukan teratas KV Shah Alam Super League 2017

Pencapaian terbaik Ingress Tigers secara keseluruhan setakat ini adalah apabila pasukan ini telah dinobatkan selaku Pengurusan Terbaik 2016 (Best Management) di Selangor Champions League (SCL) 2016. Selain melayakkan diri ke peringkat suku akhir cabaran Piala Lembah Klang (Klang Valley Cup) 2016, suku akhir SCL, dan menduduki tempat kedua Klang Valley Super League 2016.

Bagi memastikan pasukan ini lebih berjaya dan bersedia untuk ke Liga Malaysia, Heiqal kini dalam usaha (perancangan) memilikki sebuah 'kawasan' untuk dijadikan pusat latihan (homeground) mereka disamping mula menjenamakan Ingress Tigers melalui produk-produk pasukan ini.

Pasukan Ingress Tigers bersama barisan pengurus dan jurulatih mereka

Ingress Tigers boleh dikenali dilaman sosial mereka:
Instagram : @ingresstigersfc



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.