Header Ads

Kelab Liga Super China terus buru pemain-pemain ternama dunia 'Kuasa wang Tembok Besar'.

Kelab Liga Super China terus buru pemain-pemain ternama dunia 'Kuasa wang Tembok Besar'.

CHINA jelas menunjukkan satu isyarat yang serius bahawa mereka telah bersedia untuk mengangkat imej bola sepak negara itu dengan penuh drastik.

Berbekalkan kekuatan ekonomi di peringkat global, China seakan-akan memberikan amaran bahawa mereka bersedia untuk 'memadamkan' kemeriahan Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga atau Serie A dengan mesej; mereka mahu menjadikan 'Liga Super China bakal menjadi tumpuan No. 1 dunia'.

Sebut sahaja berapa harga, wang jelas bukan menjadi satu isu yang besar apabila mereka mampu menandatangani mana-mana bintang bola sepak dunia dengan mengikat yuran perpindahan yang agak 'gila' jika dinilai pasaran semasa pemain.

Selepas Oscar dos Santos Emboaba JĂșnior ataupun lebih dikenali Oscar Junior menyertai kelab dari Liga Super China, Shanghai SIPG kemudian diikuti dengan Carlos Tevez yang turut menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Greenland Shenhua F.C.

Terbaru terdapat empat kelab dari Liga Super China yang berminat untuk mendapatkan seorang lagi pemain yang ternama untuk menyertai mereka.

Empat kelab tersebut,Shanghai Greenland Shenhua, Guangzhou Evergrande, Hebei China Fortune dan Beijing Guoan dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain Chelsea yang kontrak beliau bakal berakhir musim ini.

Walaupun terdapat kelab dari Eropah yang telah membuat tawaran terhadap pemain ini, namun Chelsea lebih berminat untuk melepaskan pemain ini dengan harga yang tinggi pada jendela perpindahan yang bermula bulan ini.

Kontrak John Obi Mikel yang bakal berakhir pada penghujung musim ini bersama Chelsea pernah ditawarkan kontrak untuk menyertai Valencia namun berita mengenai perpindahan Mikel ke Velencia ditepis oleh ejen beliau, John Shittu yang menolak berita mengenai John Mikel akan bermain di Liga Sepanyol.

Chelsea dikatakan masih menunggu tawaran lumayan daripada kelab-kelab China berbanding kelab-kelab Eropah seperti Velencia dan Inter Milan.

Rekod pemain ternama yang menyertai kelab-kelab Liga Super China setakat ini.

Bil Pemain Kelab Yuran Perpindahan
1 Carlos Tevez SH Shenhua £71.00juta
2 Oscar SIPG £51.00juta
3 Hulk SIPG £47.43juta
4 Alex Teixeira JS Suning £42.50juta
5 Jackson MartĂ­nez GZ Evergrande £35.70juta
6 Ramires JS Suning £23.80juta
7 Elkeson SIPG £15.73juta
8 Gervinho HB CFFC £15.30juta
9 Graziano PellĂš SD Luneng £12.97juta
10 Ricardo Goulart GZ Evergrande £12.75juta
11 Paulinho GZ Evergrande £11.90juta
12 Demba Ba SH Shenhua £11.05juta

Baca juga berita mengenai Kelab Shanghai SIPG disini.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.