Tanda salib pada logo Real Madrid di buang.
Real Madrid menurut laporan yang dikeluarkan oleh AS.com akan mengubah corak mahkota pada lencana mereka dengan membuang tanda salib pada bahagian atas mahkota (rujuk gambar diatas) pada jersi pasukan ini untuk pasaran negara Timur Tengah.
Marka, kumpulan pengedaran dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mendapat hak eksklusif untuk pengeluaran, mengedar dan menjual produk Real Madrid di UAE, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain dan Oman.
Loga asal Real Madrid |
Pengubahan lencana Real Madrid untuk pasaran negara teluk terpaksa dilakukan demi menjaga sensitiviti budaya masyarakat Timur Tengah yang begitu peka terhadap barangan ataupun produk yang mempunyai tanda salib.
Ia bukan kali pertama simbol telah diubah. Pada tahun 2014, Real Madrid dihapuskan salib Kristian di logo apabila ia telah digunakan oleh penajanya National Bank of Abu Dhabi.
No comments