Header Ads

Irfan Bakti Pancing Kapten Middlesbrough

Irfan Bakti jurulatih baru Pasukan Terengganu.

Jurulatih Pasukan Terengganu, Irfan Bakti semakin giat membentuk pasukan baru bagi menghadapi saingan liga Perdana 2017. Dalam perkembangan terbaru, Irfan dikhabarkan cuba mendapatkan khidmat Pemain Kebangsaan Australia, Rhys Williams.

Rhys Williams pernah menjadi kapten Middlesbrough.
Williams yang berusia 28 tahun merupakan pemain utility yang boleh bermain di beberapa posisi pertahanan dan juga menyerang. Namun Williams lebih kerap bermain di posisi CB, RB dan DM.



Williams memulakan karier beliau bersama Middlesbrough pada tahun 2008. Setelah menunjukkan permainan yang mantap Williams dilantik menjadi Kapten Pasukan Middlesbrough pada tahun 2012. Sepanjang 11 tahun bersama Middlesbrough Williams telah beberapa kali mengalami kecederaan yang serious.


Williams juga pernah 2 kali dipinjamkan oleh Middlesbrough. Di awal karier beliau bersama Middlesbrough pada tahun 2009, beliau pernah dipinjamkan ke Burnley. Pada tahun 2015 beliau dipinjamkan ke Charlton Athletic sebelum dilepaskan oleh Middlesbrough setelah tamat tempoh pinjaman bersama Middlesbrough. Beliau kemudiannya pulang ke Australia menyertai Perth Glory bagi musim 2016/17 A-League.

Untuk peringkat antarabangsa, Williams yang mempunyai ayah keturunan England dan ibu dari India menyebabkan beliau layak mewakili kedua-dua negara. Selain dari itu Williams juga mempunyai kerakyatan Wales dan Australia.

14 caps bersama pasukan Kebangsaan Australia

Pada peringkat umur bawah 21 tahun, Williams mewakili Wales U21 sebanyak 10 kali sebelum beliau memutuskan untuk memilih mewakili pasukan Australia walaupun mendapat panggilan untuk menyertai skuad utama Wales. Beliau mempunyai 14 caps bersama pasukan Kebangsaan Australia.

Setelah hanya mengekalkan Issey Nakajima untuk musim baru, sudah pasti Irfan Bakti akan mencari pemain import yang lebih baik dari ketiga-tiga pemain import yang dilepaskan.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.