Header Ads

Perlawanan Amal Lagenda

Yayasan Liverpool FC merupakan badan amal rasmi Kelab Bola Sepak Liverpool akan menganjurkan satu perlawanan amal bagi mengisi tabung untuk untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak dan golongan muda di Liverpool serta kawasan berhampiran.

Perlawanan amal ini adalah merupakan perlawanan 'ulangan' diantara Real Madrid menentang Liverpool pada tahun 2015 di Bernabue, Madrid. Pemain-pemain akan mengenakan jersi yang sama pada perlawanan ini sepertimana perlawanan pada tahun 2015.


Liverpool Legends vs Real Madrid Legends 

Perlawanan amal diantara Lagenda Liverpool menentang Lagenda Real Madrid ini telah ditetapkan pada Sabtu Mac 25, 2017 di Anfield.

Liverpool setakat ini telah mengesahkan 20 pemain yang bakal beraksi untuk skuad lagenda mereka manakala Real Madrid masih lagi belum mengumumkan senarai penuh nama-nama pemain untuk menyertai sebahagian daripada perlawanan amal ini.

Senarai pemain untuk perlawanan amal setakat ini.
Bil. Skuad Lagenda Liverpool Skuad Lagenda Real Madrid
1 Robbie Fowler (Kapten) Roberto Carlos (Kapten)
2 Ian Rush (Pengurus-pemain) Emilio Butragueno
3 Michael Owen Luis Figo
4 Daniel Agger Steve McManaman
5 John Arne Riise Fernando Morientes
6 John Aldridge Guti
7 Phil Babb Ivan Campo
8 Dietmar Hamann Iván Helguera
9 Sander Westerveld Michel Salgado
10 Bjorn Tore Kvarme
11 Gary McAllister
12 Luis Garcia
13 Jamie Carragher
14 Patrik Berger
15 Salif Diao
16 Jerzy Dudek
17 Stephane Henchoz
18 Jason McAteer
19 Vladimir Smicer
20 David Thompson

Liverpool FC merancang untuk mengadakan perlawanan 'Lagenda' ini secara tahunan dan ini merupakan perlawanan amal rasmi pertama yang dimainkan di Anfield, Liverpool. 


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.