Header Ads

Arsenal tidak perlukan Dimitri Payet

Lupakan Dimitri Payet kerana Arsenal sudahpun memilikki bintang yang setanding dengan beliau. Begitulah ulasan daripada lagenda Arsenal , Thierry Henry apabila ditanya oleh Sky Sport.

Namun menurut Henry, Iwobi memerlukan sedikit masa untuk beliau menjadi seperti Payet.


Payet kini melakukan 'protes' terhadap kelab beliau sekarang, West Ham dan telah menolak tawaran bernilai £500,000 seminggu untuk bermain dengan kelab China dikatakan ingin kembali kepada kelab lama beliau, Marseille di Liga Perancis.

Tambah Henry lagi, Iwobi memerlukan lebih banyak perlawanan (masa bermain) bagi membolehkan beliau meningkatkan mutu serta kualiti untuk beliau menjadi seorang pemain yang hebat. Pembelian Payet akan menyukarkan peningkatan Iwobi kerana jumlah masa dan permainan yang terhad kerana terpaksa bergilir dengan Payet dan ini seterusnya membantutkan proses peningkatan kualiti Iwobi.

BINTANG DALAM PEMBIKINAN
Henry sependapat dengan bekas pengurus pasukan beliau, Arsene Wenger mengenai Arsenal tidak memerlukan Payet di Emirates buat masa kini serta yakin dengan kebolehan dan potensi Iwobi untuk menjadi bintang seperti mana Payet.


Iwobi, 20 tahun telah membuat 47 penambilan bersama Arsenal berjaya menjaringkan 5 gol semenjak beliau diserapkan kedalam skuad utama Arsenal pada musim lalu. Beliau juga telah menghasilkan sembilan bantuan gol setakat ini. 

SAINGAN LIGA PIALA FA PIALA LIGA EROPAH
MUSIM P G P G P G P G
2015–16 13 2 5 0 1 0 2 0
2016–17 17 2 1 0 2 0 6 1
JUMLAH 30 4 6 0 3 0 8 1
P = Penampilan, G= Gol

Wenger, walaupun meminati gaya permainan Payet menegaskan bahawa Arsenal buat masa kini tidak bercadang untuk menambah pemain pada posisi tengah memandang skuad itu telah memilikki ramai pemain yang mampu menjalankan tugas dengan baik diposisi tersebut.

SUMBER: DAILY MAIL

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.