Header Ads

Mafela bola sepak.

MEMORABILIA membawa maksud sesuatu yang sangat menarik dan patut dikenang terutamanya berhubung dengan orang atau peristiwa yang masyhur manakala memorabilia sukan pula merujuk kepada cenderamata atau cenderamata peringatan yang mempunyai kaitan secara langsung kepada atlet terkenal, acara sukan atau personaliti. Barangan ini biasanya dikumpul oleh peminat yang mencari nilai sentimental atau mencari keuntungan dari penjualan barangan ini.


Mafela mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka membawa maksud kain panjang pembebat leher atau skarf yang dililitkan pada leher untuk mengurangkan serta menahan kesejukan.

Kaitan memorabilia, mafela dan bola sepak.
Mafela merupakan antara memorabilia bola sepak yang paling popular dan senang untuk dimiliki.

Tujuan asal memakai mafela adalah bagi menahan kesejukan ketika menyaksikan perlawanan bola sepak namun kini ianya menjadi satu lambang kebanggaan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang terhadap pasukan bola sepak kesayangan masing-masing.

'You never walk alone'
Mafela juga digunakan bagi menghasilkan salah satu corak atau cara sokongan didalam stadium terhadap pasukan yang disokong. Dengan menayangkan mafela didalam stadium, ini juga salah satu cara memberitahu pasukan tentang kehadiran mereka memberi sokongan serta memberitahu kepada pasukan bahawa mereka tidak berjuang bersendirian.

Kredit gambar : The Sound of the Beautiful Game Liverpool vs West Ham
Rasa gerun pihak lawan
Gabungan mafela dan jersi serta sorakan didalam stadium juga mampu menghasilkan rasa gerun kepada pihak lawan baik kepada pemain mahupun penyokong mereka dengan suasana warna yang melambangkan kemegahan dan kehebatan yang ditunjukkan.

Peminat cilik Arsenal mempamerkan mafela pasukan sebelum perlawanan Arsenal menentang Portsmouth pada 22 Ogos 2009. Sumber -REUTERS/Eddie Keogh
Asal-usul mafla.
Fenomena mafela bola sepak ini dipercayai bermula pada sekitar awal 1900-an dan trend ini berasal dari United Kingdom (UK) dimana penyokong bola sepak memerlukan cara untuk kekal hangat ketika menyokong pasukan mereka.

*Namun ada juga artikel yang mengatakan fenomena mafela ini bermula pada tahun 1960an.

Ketika zaman itu, kebanyakkan penyokong yang hadir dengan memakai kot yang bagi mengekalkan kehangatan ketika menontong perlawanan dimusim sejuk dan ini menyukarkan mereka untuk 'membuktikan' pasukan mana yang mereka sokong ketika itu.

Bermula dari situ maka terhasilah fenomena mafela yang mana mereka melilitnya dileher bagi membuktikan dan menunjukkan pasukan mana yang mereka sokong.

Pemakaian mafela ini juga merupakan salah satu cara untuk mereka meluahkan rasa bangga terhadap pasukan.

Mafela digunakan sebagai salah satu cara untuk meluahkan dan menunjukkan rasa bangga (pasukan yang disokong). Kredit gambar ; In your pocket
Ciri-ciri Mafela
Setiap mafela pasukan bola sepak mestilah mempunyai ciri-ciri identiti yang mewakili pasukan itu seperi corak, warna dan juga logo pasukan.

Mengenai rekaan dan corak mafela pula adalah dipercayai pada awal kemunculan ianya adalah berkonsepkan bar ataupun mafela bar - 'bar scarf' .

Kini 'bar scarf' lebih dikenali dengan panggilan 'traditional bar scarf' .  Kredit gambar : Ruffneck Scarves
Mafela bar ini hanya mempunyai dua warna dan warna ini pula adalah mewakili warna-warna asas pasukan bola sepak itu.

Warna asas pada mafela bar ini biasanya diambil mengikut warna tradisi kelab atau pasukan bola sepak tersebut dimana setiap kelab atau pasukan mempunyai dua warna tradisi dan warna inilah yang akan terdapat pada mafela tersebut.

*Tahukah anda warna tradisi pasukan kesayangan anda?

Material
Menyentuh mengenai material yang digunakan pada waktu itu pula, kebanyakkan mafela direka menggunakan material yang diekstrak daripada bulu kambing .  

Kini kebanyakkan mafela dibuat daripada material seperti Acrylic, campuran Polyester dan Acrylic, dan Polyester.

Revolusi mafela
Setelah trend pemakaian dan pemilikkan mafela ini dilihat semakin berkembang, kelab-kelab bola sepak mula mengambil inisiatif serta peluang untuk menghasilkan produk berupa mafela untuk dijadikan sebahagian daripada produk memorabilia bola sepak.

Dan seterusnya, mafela mula menjadi sebahagian daripada memorabilia bola sepak yang paling dikehendaki oleh peminat  yang bergelar penyokong sebuah kelab bola sepak.

Bermula dari itu, rekaan tradisional  mafela yang 'kosong' seperti mafela bar mula mengalami evolusi dengan  mencorakkan nama pasukan ditengah-tengah mafela.
Mafela dengan nama kelab - Sporting Kick
Kemudian mafela sekali lagi mengalami evolusi dengan cetakan ataupun penambahan logo kelab (emblem) pasukan dikedua-dua hujung mafela.
Official West Ham United Crest Bar Scarf - Sporting Kick
Mafela juga dikeluarkan bukan sahaja untuk pasukan bola sepak namun ianya juga dikeluarkan bagi memperingati sesuatu 'peristiwa' atau perlawanan yang istimewa untuk dijadikan kenang-kenangan. Seperti kejohan Piala Dunia dan Kejohan Euro. Selain mafela bertemakan kejohanan ianya juga dikeluarkan untuk pasukan negara.


Mafela bersempena Piala Dunia Brazil 2014 - Soccer Shop USA
'Split scarf' ataupun ada yang mengangap ianya evolusi terakhir dalam mafela bola sepak dimana ianya dihasilkan bagi memperingati sesuatu perlawanan yang dianggap istimewa.

Mafela pada era ini digelar mafela moden.



Mafela jenis ini adalah mafela yang dikeluarkan khas untuk sesuatu kejohanan yang cukup besar bagi sesebuah kelab bola sepak tersebut, dimana logo kedua-dua pasukan bertanding berserta tarikh perlawanan, stadium dimana akan berlangsungnya juga turut dicetak di mafela tersebut.

Mafela hari perlawanan - The Telegraph
Jenis-jenis mafela

Bagi negara Eropah kebanyakkan mafela ini dibuat berdasarkan cuaca ataupun musim ketika itu bagi dan material digunakan bergantung kepada cuaca ataupun musim bagi memastikan keselesaan pemakai.
  • Jacquard Knit Scarf 
  • Pocket Scarf
  • Rattle Scarf
  • Fine Knit Embroidered Scarf
  • Needle-Out Embroidered Scarf
  • High Definition Printed Scarf
  • Soft Touch Printed Scarf
  • Single-Sided Woven Scarf
  • High Definition Single-Sided Woven Scarf
  • High Definition Printed Car Scarf
  • High Definition Woven Car Scarf
Rujukan : Sport Scarf

Antara contoh mafela adalah.

Traditional Jacquard Knit Scarf - Ruffneck Scarves
High Definition Printed Scarf - Sport Scart
Trend mafela bola sepak bukan sahaja digunakan oleh penyokong bola sepak di negara eropah ataupun negara beriklim empat musim sahaja. Kini ianya semakin meluas kepada seluruh dunia dan pemakaian mafela ini dilihat adalah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta dan bangga terhadap pasukan bola sepak kesayangan peminat dan penyokong.

Fenomena ini di Malaysia mungkin belum cukup 'matang' diperingkat kelab mahupun pasukan Liga Malaysia namun mafela ini cukup 'berkesan' ketika pasukan kebangsaan kita beraksi dengan disokong oleh kumpulan Ultras Malaysia.

Diperingkat kelab atau pasukan Liga Malaysia mafela masih belum menjadi produk rasmi kecuali pasukan Johor Darul Takzim.


Rujukan :
Kredit Gambar Pertama : art4search.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.