Header Ads

Liga Sosial Bebas dari Politik Kotor

KEMERIAHAN bola sepak Malaysia kini bukan sahaja tertumpu kepada Liga Malaysia semata-mata malahan kini Liga Sosial juga semakin mendapat minat dikalangan peminat-peminat sukan bola sepak tanahair. 


APA ITU LIGA SOSIAL?
Pada awal penubuhan liga ini ianya adalah sekadar bertujuan 'suka-suka' dimana ia bertujuan menjadikan perlawanan diantara kelab-kelab amatur ini lebih mudah untuk bersaing sesama mereka disamping mempunyai tarikh yang tetap untuk hari perlawanan.

Bermula dari situ maka timbul beberapa idividu mengambil inisiatif untuk 'membina' dan menguruskan sebuah liga yang lebih dikenali dengan gelaran liga sosial. Dengan matlamat penubuhan adalah bagi memberi peluang kepada kelab-kelab bola sepak amatur untuk bersaing secara lebih kompetitif.

Liga sosial ini tidak terikat atau bernaung dengan mana-mana badan bolasepak Malaysia ataupun badan bola sepak negeri yang mempunyai kaitan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Mereka mengurusakan liga ini secara persendirian.

Baca juga Liga Lembah Klang - KV League disini (klik)

BERAPA BANYAK LIGA SOSIAL YANG ADA?
Terlalu banyak untuk kami senaraikan jumlah sebenar liga sosial yang wujud didalam Malaysia. Namun kami sekadar menyenaraikan beberapa liga sosial utama seperti berikut:
  1. Klang Valley League
  2. Setia Alam League
  3. Socialiga KL
  4. The District League
  5. FS League
  6. Malaysian Chinese Football Association (MCFA) League
  7. Liga Klang  
  8. Gardens League
  9. Prestige Cup
BEBAS POLITIK KOTOR
Hasil dari pemerhatian kami, liga ini diwujudkan atas dasar cintakan bola sepak dan ingin melihat kemajuan sesebuah pasukan itu dipertingkatkan disamping terdapat beberapa buah pasukan yang menggunakan platfom ini sebagai persiapan pasukan untuk ke peringkat yang lebih tinggi (menyertai Liga Malaysia).

Bagi pasukan pula, ianya ditubuhkan atas dasar semangat untuk bermain bola sepak dan ada diantara mereka yang menyertainya bagi membuat persiapan dalam mempelajari selok belok pengurusan termasuk menarik minat penaja serta mempelajari bagaimana menjana pendapatan pasukan disamping membina 'fan base' yang kuat.

Secara kasar, kelab atau pasukan yang menyertai liga ini dilihat lebih kreatif mencari dana pasukan berbanding dengan kelab mahupun pasukan di Liga Malaysia.

Majoriti kelab-kelab yang bersaing ini mempunyai penaja mereka sendiri dengan erti kata lain mereka mampu mencari dana bagi membiayai pasukan mereka untuk bersaing didalam liga ini.

Apa yang menarik, pasukan yang menyertai liga ini berbelanja mengikut kemampuan mereka kerana ada pasukan yang memiliki pemain import dan ada juga yang hanya menggunakan tenaga tempatan. 

Namun, jangan terkejut jika terdapat beberapa kelab ataupun pasukan yang masih berkongsi kutipan 'tong-tong' yuran penyertaan bagi membolehkan mereka (pasukan) beraksi diliga sosial ini.

Tidak timbul soal penyelewengan dana bagi membiayai pasukan-pasukan ini kerana mereka berusaha untuk mencari dana bagi membolehkan mereka beraksi dengan lancar dan pengurusan liga juga mengambil berat rungutan dari pasukan yang menyertai demi memastikan kemeriahan dan keseronokan liga tidak terjejas.

KOS DAN YURAN PENYERTAAN
Setiap pasukan yang ingin menyertai saingan liga sosial ini perlu membayar yuran penyertaan disamping perlu berkongsi bayaran kos padang setiap kali perlawanan.

FORMAT LIGA
Apa yang kita biasa lihat dan tahu adalah perlawanan bola sepak ini dimainkan dalam selama 90 minit dan di bahagikan kepada dua masa permainan (separuh masa pertama dan separuh masa kedua)  45 minit setiap masa. Namun bagi liga sosial ianya dimainkan dalam 3 masa dan setiap masa dimainkan selama 25minit.

Tiada had pertukaran pemain didalam liga ini untuk setiap perlawanan diadakan dan setiap pasukan dibenarkan membuat penukaran pemain mengikut taktikal mereka.

Rekod disiplin pemain juga direkodkan dan pemain yang mengumpul kad atau menerima kad merah/kuning direkod dan dikenakan pergantungan mengikut format Liga Malaysia / FIFA.

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 30 pemain bagi penyertaan liga dan jendela perpindahan pemain bergantung kepada setiap liga itu sendiri.

PENCUNGKIL BAKAT
Mungkin ramai yang tidak tahu dimana liga sosial ini juga sangat berperanan dalam proses pembangunan dan pencungkil bakat pemain muda.

Boleh dikatakan kelab-kelab yang bermain diliga sosial ada yang berjaya menghasilkan pemain untuk di'pikat' oleh kelab Liga Malaysia seperti Wong Kah Heng dan Simon Lee (sekadar menamakan beberapa nama) yang berjaya menyertai Pasukan PJ Rangers di saingan Liga Malaysia.

Tidak mustahil satu hari nanti liga sosial ini bakal menghasilkan ramai pemain berbakat begitu juga dengan pasukan bola sepak yang menyertai Liga Malaysia mungkin bermula dari liga sosial.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.