'Comeback' terhebat dalam sejarah bolasepak Inggeris.
TAHUN 1957 menyaksikan salah satu 'come back' yang menarik didalam sejarah bola sepak Inggeris dimana Charlton menewaskan pasukan Huddersfield dibawah kendalian Bill Shankly dengan keputusan penuh perlawanan 7-6.
Johnny Summers muncul wira Charlton apabila berjaya menjaringkan lima gol dan membantu dua lagi gol untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Charlton.
Johnny Summers |
Dalam perlawanan itu, pasukan Charlton yang dibimbing oleh Jimmy Trotter ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama hasil jaringan Les Massie dan Bain untuk pasukan Huddersfield mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.
15 minit selepas babak kedua dimulakan ketua pasukan Charlton, Derek Ufton yang beraksi pada posisi pertahan tengah terpaksa diusung keluar dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dibahunya akibat pendaratan yang tidak sempurna.
Ketiadaan Ufton juga menyaksikan pasukan Charlton kekurangan seorang pemain dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain dengan baki perlawanan kira-kira 30 minit lagi untuk ditamatkan.
Pada zaman ini tiada pertukaran pemain dibenarkan.
Titik perubahan - pantas.
Jimmy Trotter kemudiannya mengarahkan ataupun menukarkan posisi Johnny Summers yang bermain diposisi pertahan kiri ke posisi penyerang tengah dan hasilnya dua minit kemudian Johnny Summers berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan menjadi 1-2.Namun begitu, perubahan itu tidak kekal lama apabila Huddersfield berjaya menambah 3 lagi gol sebelum Charlton berjaya membalas satu gol selepas itu untuk kedudukan 2-5.
Pada kedudukan Chartlon yang ketinggalan 2-5 kepada Huddersfield, peminat dan penyokong Charlton sudah mula bangun dan bertindak meninggalkan stadium kerana tidak percaya akan pasukan Charlton berjaya bangkit untuk memenangai perlawanan ini.
Segalanya berlaku dengan begitu pantas selepas itu untuk Charlton berjaya memenangi perlawanan ini dengan hanya 10 pemain menentang 11 pemain dalam baki perlawanan 30 minit serta ketinggalan tiga gol ketika itu.
Minit ke 61 perlawanan Charlton 2-5 Huddersfield.
Minit ke 62 perlawanan Charlton 3-5 Huddersfield.
Minit ke 75 perlawanan Charlton 4-5 Huddersfield.
Minit ke 80 perlawanan Charlton 5-5 Huddersfield.
Minit ke 85 perlawanan Charlton 6-5 Huddersfield.
Minit ke 88 perlawanan Charlton 6-6 Huddersfield.
Minit ke 89 perlawanan Charlton 7-6 Huddersfield.
Tamat permainan Charlton 7-6 Huddersfield.
Gol Charlton dijaringkan oleh:
Gol Charlton dijaringkan oleh:
- Summers (5 gol) iaitu pada minit ke 48, 62, 74,78 dan pada minit ke 83.
- Ryan (2 gol) iaitu pada minit ke61 dan pada minit ke 89.
Gol Huddersfield dijaringkan oleh:
- Massie minit ke 26.
- Bain (2 gol) minit ke 35 dan minit ke 49.
- McGarry (penalti) pada minit ke 56.
- Ledger pada minit ke 60.
- Howard pada minit ke 88.
Jumlah penonton : 12,500.
5 perlawanan 'comeback' terbaik pilihan BBC.
- Bournemouth 3-3 Arsenal : 4 Januari 2017.
- Reading 5 - 7 Arsenal : 30 Oktober 2012.
- Liverpool 3 - 3 AC Milan : 25 Mei 2005.
- Tottenham 3-5 Manchester United : 29 September 2001.
- Hungary 2 - 3 West Germany : 4 Julai 1954.
No comments