Liverpool sedang dalam rundingan untuk menyambung kontrak Philippe Coutinho, Jordan Handerson dan Dejan Lovren.
Coutinho yang menarik minat Barcelona dan PSG untuk mendapatkan khidmat beliau, sedang berunding untuk menyambung kontrak beliau selama 5 tahun lagi dan akan menjadikan beliau sebagai pemain dengan gaji tertinggi di Liverpool.
Rundingan sedang diadakan antara Pengarah Sukan Liverpool FC, Michael Edward dan wakil Coutinho, Kia Joorabchian.
|
Kia Joorabchian |
Kia Joorabchian mempunyai hubungan yang baik dengan Liverpool FC dan rundingan dilaporkan berjalan dengan lancar. Selain dari gaji yang tinggi, tiada klausa pelepasan dimasukkan didalam kontrak baru.
|
Michael Edward |
Selain dari Coutinho, Liverpool juga dilaporkan sedang berunding dengan wakil Ketua Pasukan mereka, Jordan Henderson dan pemain pertahanan mereka, Dejan Lovren untuk menyambung kontrak baru.
|
Jordan Henderson |
|
Dejan Lovren |
No comments