Header Ads

Tan Sri Annuar Musa muncul wira Kelantan

Menjelang dua minggu untuk Liga Super Malaysia kembali menemui peminat dan hari ini teka-teki mengenai status penarikan diri pasukan Kelantan terjawab.


Tan Sri Annuar Musa muncul wira Kelantan

Tan Sri Annuar melalui sidang medianya di Kota Bharu menjelaskan beliau telah berjaya mendapatkan dana tajaan bagi membolehkan pasukan Kelantan yang terkenal dengan gelaran The Red Warrior meneruskan saingan dalam Liga Super Malaysia 2017.

Sebelum ini kecoh dengan isu penarikan diri pasukan Kelantan yang dikatakan mengalami masalah kewangan yang memaksa mereka menarik diri daripada saingan Liga Super Malaysia.

Keratan akhbar Utusan Malaysia 17 Disember 2016.
TAJAAN 

Syarikat Al-Hamra Group dan Red One akan menjadi penaja utama bagi skuad Kelantan bagi musim 2017.Dan apa yang menariknya kedua-dua syarikat ini dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa.

"Oleh kerana Al-Hamra sebagai penjamin (bon) RM3 juta saya mesti ambil tanggungjawab supaya TRW teruskan saingan," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Tan Sri Annuar sebelum ini menjadi presiden Kafa sebelum melepaskan jawatannya pada November lalu.

DRAMA?

Laporan daripada Sports247.my (kilk pada link bagi laporan penuh)

“Kelantan sudah sahkan penyertaan sepertimana tarikh akhir kita tetapkan 30 November, mereka sudah sahkan venue untuk beraksi dan mereka juga sudah daftarkan pemain minimum sepertimana mengikut tarikh yang kita tetapkan " - Kevin Ramalingam.

Sumber Sports247 turut memberitahu jelajah pramusim Kelantan juga sudah diatur di mana mereka dijangka terbang ke Kuala Lumpur dari 8 – 14 Januari depan. Justeru, ini memberi bayangan bahawa penyokong-penyokong Kelantan tertipu dengan drama dicipta KAFA.

Status Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Kalau ini drama,pelakon drama ini paling "senget" sekali kerana menerima lakonan dgn tak pasal pasal kena cari duit yg begitu byk yg semua orang lain memberi pelbagai alasan utk melepas diri...



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.