Header Ads

Penggantungan paling lama dalam sejarah bola sepak Inggeris.

PEMAIN-PEMAIN Liga Perdana Inggeris yang pernah menerima hukuman penggantungan akibat daripada kesalahan dalam dan luar padang.

Luiz Suarez merupakan antara pemain yang terakhir menerima hukuman 'kejam' daripada Persatuan Bolasepak England dengan menerima hukuman lapan bulan penggantung selain didenda £40,000.

Tahukah anda jenis kesalahan dan pemain yang menerima padah daripada Persatuan Bolasepak England akibat kesalahan yang dilakukan oleh mereka?

Berikut adalah pemain-pemain yang telah mencatat sejarah didalam Liga Perdana Inggeris akibat kesalahan yang dilakukan mereka.

ROY KEANE - digantung 5 minggu perlawanan dan denda £150,000 pada Oktober 2002 berpunca daripada komen beliau terhadap Alfie Haaland dalam autobiography - Keane: The Autobiography.

Didalam autobiography tersebut Keane telah menyatakan bahawa tindakan beliau yang mengasari Alfie Haaland adalah untuk membalas dendam terhadap apa yang dilakukan oleh Alfie Haaland terhadap beliau pada tahun 1997.

MARK BOSNICH - digantung sembilan bulan pada April 2003 selepas gagal dalam ujian dadah (kokain). Bukan sahaja digantung malahan kontrak beliau bersama Chelsea juga ditamatkan.

ERIC CANTONA - digantung selama sembilan bulan dan diarahkan melakukan kerja amal selama 120 jam akibat kesalahan 'tendang Kung-Fu' beliau pada tahun 1995.

RIO FERDINAND - digantung selama lapan bulan pada tahun 2003 selepas gagal untuk melakukan ujian dadah pada bulan September tahun yang sama.

PAOLO DI CANIO - digantung selama 11 perlawanan dan denda sebanyak £10,000 akibat kesalahan menolak pengadil (Paul Alcock) ketika perlawanan menentang Arsenal tahun 1998. Di Canio bermain untuk Sheffield Wednesday ketika itu.

DAVID PRUTTON - digantung 10 perlawanan dan didenda £6,000 gara-gara tindakan beliau yang menolak pengadil,Alan Wiley sesetelah beliau tidak berpuas hati kerana dilayangkan kad merah (kad kuning kedua didalam perlawanan) ketika perlawanan menentang Arsenal 2005.

PAUL DAVIS - digantung sembilan perlawanan dan didenda £3,000 akibat tindakan beliau yang menumbuk pemain Southampton, Glenn Cockerill pada tahun 1998.

VINNIE JONES - digantung selama enam bulan untuk tiga tahun dan didenda £20,000 pada November 1992 kerana kesalahan ulasan beliau (didalam video) yang memuji keganasan bola sepak dan taktik-taktik kotor didalam bola sepak.

LUIZ SUAREZ - digantung lapan perlawanan dan didenda £40,000 kerana 'mendera' Patrice Evra dengan isu perkauman ataupun rasis.

 David Layne (kiri) dan Tony Kay (tengah).
DAVID LAYNE, PETER SWAN dan TONY KAY - dikenali dengan 'THE WEDNESDAY THREE' telah digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak namun kemudiannya dikurangkan kepada tujuh tahun sahaja akibat kesalahan mengatur perlawanan ketika mewakili Sheffield Wednesday.
Peter Swan (tengah).

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.