Sedia tinggalkan London tak dapat peluang skuad utama Arsenal 'Rajuk si Zelalem'
NAMPAK gayanya, Arsenal bakal kehilangan bintang muda berpotensi, Gedion Zelalem yang dikhabarkan berada dalam radar kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sebaik jendela perpindahan pemain dibuka bermula hari ini.
Jika benar, Zelalem bakal mengikuti jejak langkah Serge David Gnabry yang menyarungkan jersi Werder Bremen di Bundesliga pada musim ini
Zelalem yang berusia 19 tahun dan dilahirkan di Jerman menyertai Arsenal pada tahun 2013 selepas dijumpai oleh pencari bakat Arsenal, Daniel Karbassiyoon.
Sebelum menyertai Arsenal, Zelalem bermain untuk kelab Olney Rangers pada musim 2012/2013.
Sebelum menyertai Arsenal, Zelalem bermain untuk kelab Olney Rangers pada musim 2012/2013.
Pada 24 Januari 2014, Zelalem membuat penampilan sulung bersama skuad senior Arsenal, dengan menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-71 saingan Piala FA yang menyaksikan Arsenal menang FA 4-0 ke atas Coventry City.
Dan pada tahun yang sama juga iaitu pada 18 Mac 2014, Zelalem telah menandatangani kontrak lanjutan dengan Arsenal untuk menyaksikan beliau kekal bersama Arsenal sehingga tahun 2017.
Zelalem membuat penampilan keduanya untuk Arsenal, apabila masuk sebagai pemain gantian pada awal babak kedua menggantikan Flamini ketika menentang Galatasaray (UEFA Champions League - 9 Disember 2014) yang dimenangi oleh Arsenal 1-4.
Zelalem yang memulakan karier awalnya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Hertha Berlin di Jerman dan dilihat sukar untuk menembusi skuad utama Arsenal ketika ini dan situasi ini menarik minat kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.
Beliau menghabiskan musim lepas secara pinjaman di kelab Rangers, Scotland dan berjaya membantu kelab tersebut kembali ke Liga Perdana Scotland.
Namun begitu, Zelalem tetap gagal membuktikan dirinya untuk berada didalam skuad utama Arsenal semenjak kepulangannya dari Rangers.
Beliau hanya membuat dua penampilan sahaja musim ini sebagai pemain gantian di dalam saingan Piala EFL setakat ini.
Pemain tengah ini cukup dikenali oleh Dortmund kerana pernah mewakili skuad remaja Jerman sebelum menukarkan kerakyatan beliau kepada Amerika Syarikat.
Kontrak Zelalem bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim ini dan Dortmund begitu yakin untuk mendapatkan pemain ini dengan menjanjikan peluang didalam skuad utama lebih cerah berbanding Arsenal.
Untuk rekod Zelalem bersama Arsenal:Zelalem membuat penampilan keduanya untuk Arsenal, apabila masuk sebagai pemain gantian pada awal babak kedua menggantikan Flamini ketika menentang Galatasaray (UEFA Champions League - 9 Disember 2014) yang dimenangi oleh Arsenal 1-4.
Zelalem yang memulakan karier awalnya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Hertha Berlin di Jerman dan dilihat sukar untuk menembusi skuad utama Arsenal ketika ini dan situasi ini menarik minat kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.
Beliau menghabiskan musim lepas secara pinjaman di kelab Rangers, Scotland dan berjaya membantu kelab tersebut kembali ke Liga Perdana Scotland.
Namun begitu, Zelalem tetap gagal membuktikan dirinya untuk berada didalam skuad utama Arsenal semenjak kepulangannya dari Rangers.
Beliau hanya membuat dua penampilan sahaja musim ini sebagai pemain gantian di dalam saingan Piala EFL setakat ini.
Pemain tengah ini cukup dikenali oleh Dortmund kerana pernah mewakili skuad remaja Jerman sebelum menukarkan kerakyatan beliau kepada Amerika Syarikat.
Kontrak Zelalem bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim ini dan Dortmund begitu yakin untuk mendapatkan pemain ini dengan menjanjikan peluang didalam skuad utama lebih cerah berbanding Arsenal.
Skuad | Penampilan | Gol | Assist |
---|---|---|---|
Arsenal FC U23 | 37 | 1 | 4 |
Rangers FC | 28 | 0 | 8 |
Arsenal FC UEFA U19 | 11 | 1 | 1 |
Arsenal FC U18 | 3 | 0 | 0 |
Arsenal FC | 3 | 0 | 0 |
Manakala rekod bersama skuad kebangsaan:
Skuad | Penampilan | Gol |
---|---|---|
United States U23 | 5 | 0 |
United States U20 | 5 | 0 |
Germany U18 | 0 | 0 |
Germany U17 | 1 | 0 |
Germany U16 | 8 | 0 |
Germany U15 | 2 | 0 |
No comments