Header Ads

Jose Mourinho tidak menghalang Wayne Rooney untuk ke Liga Super China

Nafsu membeli China seakan sukar dibendung lagi didalam dunia bola sepak. Dengan kuasa wang yang sukar ditandingi oleh mana-mana kelab, China terus menunjukkan kuasanya terhadap pembelian pemain ternama.

Terbaru Wayne Rooney menjadi sasaran mereka.Rooney yang baru sahaja mencipta nama selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Manchester United dengan jaringan ke 250 beliau pada Sabtu lepas dikatakan bakal disunting oleh kelab China.

Dua kelab China yang beraksi didalam Liga Super China (CSL) dikatakan bersedia menawarkan gaji yang lumayan kepada Rooney. Menurut laporan Miror, Rooner bakal ditawarkan sejumlah £700,000 seminggu oleh kelab Guangzhou Evergrande dan Beijing Guoan.

Dan jika menjadi kenyataan, Rooney bakal menjadi pemain yang termahal menerima gaji sebagai pemain bolasepak.


Jose Mourinho tidak menghalang jika Rooney benar-benar mahu berpindah dan menyertai CSL kelak kerana beliau (Rooney) bukan lagi menjadi pilihan utama United dibawah kendalian Mourinho.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.