Header Ads

Louis van Gaal umumkan persaraan.

Kredit Gambar : Bolamax
MUNGKIN tidak ramai yang mengenali dan mengetahui kehebatan Louis van Gaal (LvG) sehinggakan beliau pernah dilantik menjadi pengurus kepada kelab tersohor Inggeris - Manchester United.

Bersama Manchester United, LvG telah membawa masuk beberapa pemain dan juga bintang terkenal dengan jumlah perbelanjaan dianggarkan sekitar £160juta bagi memulihkan pasukan United setelah beliau mengambil alih tempat yang 'ditinggalkan' oleh David Moyes.

Pemain seperti Ander Herrera, Luke Shaw, Marcos Rojo, Ángel Di María, Daley Blind dan Radamel Falcao adalah merupakan antara pemain yang dibawa masuk menyertai skuad ini oleh LvG.

Harapan terlalu tinggi diletakkan oleh penyokong untuk melihat beliau berjaya mengembalikan kehebatan pasukan yang dikenali dengan The Red Devils sebagaimana hebatnya pada era Sir Alex Ferguson akhirnya tidak menjadi kenyataan apabila khidmat beliau ditamatkan pada 23 Mei 2016.

Pemecatan beliau hanya selepas dua hari Manchester United berjaya memenangi Piala FA dan ini juga merupakan trofi pertama yang dimenangi oleh LVG bersama Manchester United.

Kini, tiada lagi kelibat beliau selaku pengurus setelah LvG mengumumkan persaraan dari arena bolasepak.

BERSARA
Louis van Gaal telah mengesahkan bahawa beliau bercadang untuk bersara daripada dunia kejurulatihan walaupun bekas pengurus Manchester United itu menerima tawaran untuk menguruskan kelab di Asia dimana beliau akan memperolehi £ 44juta selama tiga musim - The Guardian.

Kenali Louis van Gaal yang pernah membimbing lima buah kelab eropah dan pasukan Kebangsaan Belanda ini.

Biodata ringkas:
Nama Penuh Aloysius Paulus Maria van Gaal
Nama Lain Louis van Gaal
Tarikh Lahir 8 Aug 1951
Tempat Lahir Amsterdam, Belanda
Umur 65 tahun
Warganegara Belanda
Formasi Kegemaran 4-2-3-1

Berikut adalah info mengenai kejayaan dan pencapaian beliau selaku pengurus.
Bleacher Report UK
Beliau memulakan karier didalam pengurusan ataupun kejurulatihan apabila dilantik menjadi pembantu kepada Hans Eijkenbroek yang mengurus kelab AZ Alkmaar pada tahun 1986 dan beliau hanya sempat menjadi pembantu dikelab itu untuk tiga perlawanan sahaja.

Beliau kemudiannya menyertai Ajax Amsterdam pada tahun 1987 sehingga 1991. Selama empat musim beliau bersama kelab itu, beliau telah menjadi pembantu kepada empat pengurus yang pernah mengendali kelab Ajax.
  1. Leo Beenhakker  - 82 perlawanan.
  2. Spitz Kohn -  48 perlawanan.
  3. Johan Cruijff  - 24 perlawanan.
  4. Kurt Linder - 9 perlawanan.
Pengurus
Beliau mengantikan Beenhakker pada tahun 1991 sebagai pengurus baru kelab Ajax dan disitulah bermulanya karier beliau selaku pengurus pasukan.

Pencapai beliau. 

Tahun Pasukan / Negara Jumlah Perlawanan Pencapaian
1991-1997 Ajax Amsterdam 281 11 Kejuaraan Utama
1997-2000 Barcelona FC 136 4 Kejuaraan Utama
2000-2001 Belanda 14
2001-2001 Belanda U20 5
2002-2003 Barcelona FC 29
2005-2009 AZ Alkmaar 171 1 Kejuaraan Utama
2009-2011 Bayern Munich 96 3 Kejuaraan Utama
2012-2014 Belanda 29
2014-2016 Manchester United 103 1 Kejuaraan Utama

1.Pencapaian bersama Ajax Amsterdam.
Pencapaian Tahun
Juara Liga Belanda 1995/96
1994/95
1993/94
Piala Super Belanda 1995/96
1994/95
1993/94
Piala Super UEFA 1994
Piala UEFA 1991/92
Piala Belanda 1992/93
Piala Antara Benua 1994
Piala Juara-Juara Eropah 1994/95

2.Pencapaian bersama Barcelona.
Pencapaian Tahun
Juara Liga Sepanyol 1997/98
1998/99
Juara Piala Sepanyol 1997/98
Piala Super UEFA 1996

3.Pencapaian bersama AZ Alkmaar.
Pencapaian Tahun
Juara Liga Belanda 2008

4.Pencapaian bersama Bayern Munich.
Pencapaian Tahun
Juara Liga Jerman 2009
Juara Piala Jerman 2009
Juara Piala Super Jerman 2010/11

5.Pencapain bersama Manchester United.
Pencapaian Tahun
Juara Piala FA Inggeris 2015/16

Melihat kepada rekod dan sejarah beliau selama 25 tahun sebagai pengurus dengan 20 trofi utama berjaya dimenangi, beliau telah berjaya mengatasi pencapaian jumlah trofi yang pernah dicapai oleh lagenda bola sepak dunia dan juga Belanda iaitu Johan Cruijff (14 jumlah trofi utama selaku pengurus).

Hanya yang hebat layak bersama pasukan hebat  - KakiBola.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.