Marketing Team Liga Sosial Lebih Padu Dari Marketing Sesetengah Team Liga Malaysia
Sejak dari minggu lepas kita disajikan dengan pelancaran jersi pasukan-pasukan Liga Malaysia. Sesetengah pasukan ini turut mengadakan majlis pelancaran khas, video promo dan bermacam-macam lagi aktiviti bagi mengumumkan berita terbaru pasukan mereka dalam menghadapi saingan Liga Malaysia.
Namun terdapat juga pasukan yang agak suram dalam sesi pengenalan pasukan dan juga jersi. Bukan sahaja tiada berita mengenai jersi baru pasukan bahkan turut dikatakan jersi-jersi tersebut tiada dipasaran untuk dibeli oleh para penyokong.
AWESOME!
Apa yang menarik, Shah Alam Antlers FC (SAAFC), yang hanya bertanding di Liga Super Klang Valley telah membuat strategi pemasaran yang sangat mengagumkan.
Disember lepas SAAFC telah melancarkan jersi pasukan mereka dengan mengadakan satu majlis khas sebelum perlawanan pertama mereka dimulakan. Jersi-jersi ini mudah untuk dimiliki oleh para penyokong Antlers dimana mereka boleh membelinya di SAAFC Merchandise Shop ataupun melalui 'online' di www.thesbx.com
Terbaru, SAAFC mula memasarkan 'Training Kit' untuk para penyokong mereka dan turut mengeluarkan video promo jersi dan 'training kit' mereka sebagai salah satu cara pemasaran dalam bola sepak.
Berapa banyak pasukan Liga Malaysia yang mempunyai Official Shop & Online Shop?
Menyentuh mengenai produk-produk pasukan ini, masih banyak persatuan mahupun kelab-kelab termasuklah pasukan Liga Malaysia yang masih belum menitik beratkan soal jenama pasukan mereka. Diatas faktor ini, maka idea ataupun konsep kedai rasmi masih belum lagi dipraktikkan di Malaysia.
Jadi tidak hairanlah mengapa kita selaku peminat dan penyokong kadang-kala mengalami kesukaran untuk mendapatkan produk-produk rasmi mereka ini.
PROMOSI
Tidak keterlaluan juga kekurangan promosi dalam menjenamakan pasukan bola sepak mereka. Faktor ini kembali menyentuh kepada penjenamaan pasukan mahupun kelab.
Mungkin merasakan tanggungjawab memperomosikan produk-produk ini adalah tanggungjawab penaja, maka mereka ini merasakan tiada keperluan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu menarik perhatian para peminat dan penyokong.
BERTERUSAN
SAAFC melakukan promosi yang berterusan dalam produk-produk mereka dan bukan hanya pada ketika sessi pengenalan pemain bahkan ketika liga rancak bermula mereka meneruskan promosi baru produk-produk rasmi mereka.
Dengan cara ini SAAFC dapat mengekalkan hubungan diantara pasukan dengan peminat selain dapat menimbulkan rasa kagum peminat terhadap pasukan.
Peminat bukan sahaja mahukan perkembangan pemain dan perlawanan semata-mata malahan mereka ini mahukan sesuatu yang baru dan sentiasa mempunyai hubungan diantara kelab,pemain dan peminat.
Ada pasukan yang melancarkan program khas sempena pelancaran jersi baru serta pengenalan pemain pasukan dan ada juga yang sekadar masih 'krik...krik...krik..'

Jika poster mahupun pengumuman pun tidak mampu dilakukan apatah lagi video promo pengenalan produk-produk mereka. Lebih malang, terdapat juga pasukan-pasukan Liga Malaysia yang langsung tidak menjual jersi-jersi pasukan mereka kepada penyokong.
Kami harap semua pasukan-pasukan tak kira kecil atau besar, bertanding di Liga Sosial, Liga Negeri atau Liga Malaysia menitikberatkan soal pemasaran pasukan dan penjenamaan pasukan bola sepak mereka.
Sumber : Facebook SAAFC
Sumber : Facebook SAAFC
No comments