Header Ads

'Psiko Homebois boleh koyak mental lawan'

KALAU takut dilambung ombak, jangan sesekali berumah ditepi pantai.

Mungkin perumpamaan ini tepat untuk memberikan 'amaran' bahawa bukan mudah buat pasukan lawan bertemu Shah Alam Antlers FC (SAAFC) jika tidak memiliki ketahanan mental yang benar-benar kuat dalam kempen KV League pada musim ini.

Ini kerana SAAFC memiliki 'senjata sulit' mereka iaitu penyokong tegar yang diberikan nama jolokan 'Homebois', memiliki chant (sorakan) tersendiri sehingga boleh 'meruntuhkan' ketahanan mental pemain-pemain pasukan lawan.

Apa yang pasti, peranan Homebois mula menambat perhatian peminat-peminat bola sepak tempatan apabila menjadi antara faktor utama SAAFC mampu meraih tujuh mata sepanjang tiga perlawanan liga musim ini.


BUKAN mudah untuk menghadapi pasukan Shah Alam Antlers (SAAFC) jika tidak mempunyai mental yang kuat.

IMPAK 'PEMAIN NO. 12'
Sama seperti mana-mana penyokong tegar pasukan di Liga Malaysia, Homebois tidak terkecuali apabila mereka juga memiliki cara tersendiri sama ada ketika menyokong pasukan kesayangan mereka atau mengejek pasukan lawan dalam usaha 'koyakkan' mental mereka agar tidak beraksi di tahap terbaik.

Dalam perlawanan kedua menentang KRU FC minggu lepas, satu pergaduhan kecil telah berlaku melibatkan Homebois dengan pengurusan KRU FC setelah KRU FC tidak dapat menahan perang psikologi yang dilancarkan oleh Homebois.

Kekecohan pada perlawanan kedua SAAFC menentang KRU FC
Kekecohan pada perlawanan yang melibatkan SAAFC menentang KRU FC bagaimanapun tiada perkara yang buruk dan tidak diingini berlaku.

Terbaharu, dalam perlawanan ketiga SAAFC semalam ketika menentang Dataran FC, Homebois walaupun lebih berdisiplin tanpa laungan kata-kata kesat, seorang pemain pihak lawan tidak dapat mengawal emosi dan hampir mencetus kekecohan dengan sikap profesional yang ditunjukkan perkara tidak diingini dapat dielakkan.
Salah seorang pemain Dataran FC gagal mengawal emosi.

Sikap profesional yang ditunjukkan sebahagian pemain Dataran FC.
Tidak cukup dengan itu, hasil tinjuan KakiBola dilaman rasmi Facebook Shah Alam Antlers FC mendapati terdapat komen daripada pemain Dataran FC yang meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka. 


Sememangnya liga sosial terutamanya KV League ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Sesetengah pasukan memberikan mutu permainan yang setanding dengan aksi Liga-M. Aksi-aksi diluar padang seperti gaya sokongan yang menarik dari Homebois pula sudah pasti menambah seri Liga ini.

HOMEBOIS TAK SAMA DENGAN ULTRAS
Apa yang menarik, walaupun Homebois berasal dari salah satu sub Ultras Selangor namun mereka tidak mahu dikaitkan dengan Ultras dan mereka lebih selesa dengan gelaran mereka sebagai wakil Komuniti Shah Alam. 

Sekali pandang, gaya sokongan mirip gaya Ultras namun mereka mempunyai identiti tersendiri dengan nyanyian dan sorakan berbeza dari ultras-ultras di Malaysia.

Begitupun, perang psikologi terhadap pemain dan pasukan lawan ternyata ianya memberi kesan dan impak dalam membantu SAAFC meraih kemenangan. 

Masakan tidak, bukan sahaja pemain pasukan lawan bahkan pengurusan pasukan lawan juga 'goyang' dengan perang yang dilancarkan oleh Homebois.

LIGA SOSIAL MULA DAPAT RESPONS POSITIF
Apa yang pasti, KakiBola melihat liga sosial terutamanya KV League ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Sesetengah pasukan memberikan mutu permainan yang seakan -akan setanding dengan aksi Liga Malaysia .

Aksi-aksi diluar padang seperti gaya sokongan yang menarik dari Homebois pula sudah pasti menambah seri Liga ini.

Keputusan penuh perlawanan SAAFC menentang Dataran FC:

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.