Header Ads

Piala Sumbangsih 2017 - JDT vs Kedah


Piala Sumbangsih ataupun Piala Sultan Haji Ahmad Shah bolehlah diibaratkan sebagai Piala Perisai Komuniti jika dibandingkan dengan Liga Inggeris. Namun bezanya ialah Piala Perisai Komuniti menemukan Juara Liga menentang Juara Piala FA sementara Piala Sumbangsih pula menemukan Juara Piala Malaysia menentang Juara Liga.


PERUBAHAN FORMAT
Diwujudkan pada tahun 1985 dengan menyaksikan pasukan Selangor menentang pasukan Pahang pada edisi sulung yang diadakan pada 31 Disember 1984.

Edisi sulung Piala Sumbangsih menemukan Juara Piala Malaysia menentang Juara/Naib Juara Liga Malaysia.

Selangor ketika itu juga muncul Juara Liga 1984 dan juga Juara Piala Malaysia 1984. Slot Piala Sumbangsih ketika itu diberikan kepada pasukan Pahang yang muncul selaku Naib Juara Liga Malaysia 1984.

Berikut perubahan format Piala Sumbangsih sehingga kini:

1985 - 1992 : Juara Piala Malaysia vs Juara/Naib Juara Liga Malaysia.
1993 - 2010 : Juara Piala Malaysia vs Juara/Naib Juara Piala FA.
2011 - sekarang : Juara Piala Malaysia vs Juara Liga Super Malaysia.


Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kedah
Perlawanan yang dijadualkan pada 20 Januari 2017 menampilkan JDT menentang Kedah.

Berdasarkan rekod perlawanan keseluruhan kedua-dua pasukan ini didalam saingan liga musim lepas, JDT lebih dilihat sebagai calon utama untuk memenangi perlawanan ini sekaligus merangkul Piala Sumbangsih bagi edisi ke-33 ini.

Tambahan pula JDT bermain ditempat sendiri  bagi perlawanan ini yang juga merupakan perlawanan pembuka Liga Super Malaysia 2017. Kedah pula berdasarkan pada musim lepas hanya mampu menang dua kali ditempat lawan selain seri lima kali dan kalah empat kali.

Rekod prestasi pasukan JDT dan Kedah musim lalu (Liga Malaysia):

JDT
Liga Super Malaysia
Kedah
Tempat Lawan Tempat Sendiri Jumlah Jumlah Tempat Sendiri Tempat Lawan
1 Kedudukan 3
11 11 22 Jumlah Perlawanan 22 11 11
8 10 18 Menang 10 8 2
3 1 4 Seri 7 2 5
0 0 0 Kalah 5 1 4
5 6 11 Clean sheets 8 6 2

Senarai penjaring gol bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super Malaysia 2016.

JDT Jumlah Jaringan Kedah
56 gol (Home :32/Away:24) 29 Gol (Home :16/Away:13)
Jorge Pereyra Díaz 18
Juan Martín Lucero 16
5 Liridon Krasniqi
Shane Smeltz
Marcos António
Safiq Rahim
4 Kahê
Thiago Augusto Fernandes
3 Baddrol Bakhtiar
Amirulhadi Zainal
Amri Yahyah
S. Chanthuru
2
Aidil Zafuan Abd Radzak
Azinee Taib
Azzamuddin Akil
Fazly Mazlan
Hariss Harun
Safee Sali
1 Abdul Halim Saari
Ahmad Fakri Saarani
Bang Seung-whan
Farhan Roslan
Sandro da Silva
Syafiq Ahmad
Syazwan Zainon
Mohd Shahrol Saperi (Sarawak)
Abdoulaye Maïga (T-Team)
Gol sendiri Tommy Mawat Mada (Sarawak)

Namun bagi musim 2017, JDT telah kehilangan empat tonggak utama mereka iaitu dua penjaring gol terbanyak mereka musim lalu iaitu Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz yang menyertai pasukan lain musim ini serta Amri Yahya (Melaka) dan juga Safee Sali ke PKNS FC.

Keempat-empat pemain ini telah menyumbang 39 gol dari jumlah keseluruhan 56 gol JDT musim lalu.

Kedah pula tanpa tiga tonggak musim lalu Thiago Augusto Fernandes,Shane Smeltz dan Bang Seung-whan. Ketiga-tiga pemain ini telah menyumbang 10 gol daripada jumlah keseluruhan 29 gol Kedah musim lalu.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini untuk 14 perlawanan terdahulu dilihat seimbang dengan masing-masing memenangi lima perlawanan, seri empat dan kalah lima perlawanan.


Jika dinilai dengan rekod terdahulu lebih-lebih lagi dengan prestasi pasukan pada musim lepas, JDT dilihat calon utama untuk memenangi perlawanan Piala Sumbangsih ini. Namun jika dilihat dengan persiapan semasa, Kedah juga dilihat berkebolehan untuk memenangi perlawanan ini memandangkan mereka masih mengekalkan hampir keseluruhan pemain utama mereka dan juga jurulatih mereka.

Kedua-dua pasukan ini juga telah memenangi Piala Sumbangsih sebanyak dua kali. Kedah menjuarai pada tahun 1991 dan 1994 manakala JDT pula memenangi pada tahun 2015 dan 2016.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.