Header Ads

KJ calon Presiden FAM baharu?

APA akan terjadi jika Khairy Jamaluddin (KJ) yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan dipilih menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu?

KERAJAAN DAN FAM
KJ merupakan Menteri Belia dan Sukan dan pada masa yang sama menjadi Presiden FAM (jika berjaya dalam pemilihan Kongress FAM nanti).

Adakah ini dikira campur tangan kerajaan?
Kita mengetahui jika terdapat unsur-unsur campur tangan kerajaan dalam organisasi bola sepak negara ianya sudah pasti melanggari peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang sebarang pembabitan kerajaan terutamanya kepada organisasi bola sepak yang berdaftar di bawah mereka.

UNDANG-UNDANG FIFA
Campur tangan politik.
FIFA mempunyai mandat untuk mengawal persatuan bola sepak di seluruh dunia dalam semua aspek. Mandat ini diserahkan kepada persatuan kebangsaan untuk mengawal persatuan bola sepak di peringkat nasional. Ini adalah mengenai pengurusan, mengawal dan membangunkan bola sepak sebagai permainan dan juga sebagai organisasi secara umum. Persatuan-persatuan mempunyai kewajipan untuk melakukannya sendiri, dengan cara yang berautonomi tanpa campur tangan luar baik dari kerajaan atau mana-mana pihak lain. Secara umum, campur tangan politik adalah apabila kerajaan cuba untuk mengambil dan mengawal secara langsung. - FIFA

Contoh persatuan digantung FIFA akibat campur tangan kerajaan.

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) digantung FIFA.
PSSI pernah digantung oleh FIFA pada 5 June 2014 kerana tindakan kerajaan negara itu melalui Kementerian Belia dan Sukan yang mencampuri segala urusan aktiviti PSSI.

Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) digantung FIFA.
KFA telah digantung oleh FIFA pada 16 October 2015 susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara mereka pada tahun tersebut.

Apa akan terjadi jika KJ menjadi Presiden FAM?
Jika berjaya menjadi Presiden FAM maka KJ akan memegang dua jawatan penting dalam sukan negara ini iaitu Presiden FAM dan juga Menteri Belia dan Sukan.

Adakah KJ selaku  Menteri Belia dan Sukan dikira campur tangan terhadap FAM?
Masih ingat mengenai isu 'pendrive' yang pernah hangat tahun lepas?

PENDRIVE
KJ penah memberi penjelasan apabila ditanya mengenai campur tangan kerajaan ke atas FAM yang akan menyebabkan badan induk itu digantung dan dikenakan tindakan oleh FIFA selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mana beliau selaku Menteri dikatakan terlibat dalam penyelesaian isu berkenaan.

Berikut adalah maklum balas KJ.
"Ini bukan campur tangan kerajaan. Campur tangan adalah apabila kerajaan campur tangan dalam pemilihan FAM, polisi dan juga pengurusan FAM. Itulah campur tangan kerajaan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Milo selaku penaja Perak untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean kesembilan (KL2017) di sini Isnin. - MStar (5 September 2016)

Menteri dan Presiden, Kerajaan dan Persatuan. Macam mana ni?
Itu sebelum beliau menjadi Presiden FAM, beliau dah pun faham mengenai maksud campur tangan kerajaan keatas badan induk bola sepak negara.
Jadi tidak timbul soal campur tangan kerajaan kelak apabila beliau menjadi Presiden FAM walaupun beliau memegang dua jawatan tersebut. Asalkan beliau tahu membezakan kapasiti beliau ketika melaksanakan tugas nanti.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.