Header Ads

Pemain Import Baru Pahang

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Pahang telah menggugurkan pemain import yang baru didaftarkan iaitu Julius Oiboh dan telah menggantikan dengan pemain import baru dari Brazil.



Matheus Alves Leandro, sah mengisi tempat yang dikosongkan oleh Oiboh untuk skuad Pahang musim ini.

Matheus Alves Leandro
Alves, 23 tahun yang pernah beraksi untuk beberapa kelab sebelum ini menyertai Pahang beberapa hari yang lalu dan hanya sempat berlatih sehari bersama skuad Pahang.

Beliau yang bermain diposisi penyerang tengah mampu beraksi pada sayap kanan dijangka dibawa ke Perak bagi aksi sulung pasukan Pahang didalam saingan Liga Super Malaysia malam ini.

Dan jika diturunkan, beliau kemungkinan akan digandingkan bersama Ashaari Shamsuddin dijentera serangan Pahang.

Berikut merupakan kelab-kelab yang diwakili beliau sebelum ini.

Rekod perpindahan beliau sebelum menyertai Pahang.
Musim Tarikh Dari Kelab Ke Kelab Catatan
15/16 Dec 31, 2016 Gangwon FC, Korea Selatan Fluminense FC Kontrak pinjaman berakhir.
15/16 Feb 4, 2016 Fluminense FC, Brazil Gangwon FC Dipinjamkan
15/16 Jan 22, 2016 FC Lahti, Finland Fluminense FC Kontrak pinjaman berakhir.
14/15 Feb 26, 2015 Fluminense FC, Brazil FC Lahti Dipinjamkan.
14/15 Jan 2, 2015 Fluminense FC U20, Brazil Fluminense FC -
14/15 Jan 1, 2015 FC Istres, Perancis Fluminense FC U20 Kontrak pinjaman berakhir.
13/14 Jul 1, 2013 FluminenseFC U20, Brazil FC Istres Dipinjamkan

Rekod jaringan beliau bersama kelab Gangwon, Korea.
TAHUN KELAB PERLAWANAN GOL
2016 GANGWON 2 0
2016 GANGWON 37 12

Rekod pertemuan dari tahun 2004 - 2016


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.