Header Ads

Hukuman Arsene Wenger ; Jangan Pilih Kasih

Gara-gara menolak pegawai keempat perlawanan serta mengeluarkan kata-kata kesat ketika perlawanan menentang Burnley yang berkesudahan Arsenal menang 2-1 Ahad lalu, Arsene Wenger bakal berdepan hukuman berat daripada Persatuan Bola sepak England (FA England).

Keputusan mengenai denda dan hukuman bukan sahaja peminat dan penyokong Arsenal, malahan seteru lama beliau Jose Mourinho juga tidak sabar untuk mengetahui keputusan hukuman yang bakal diterima Wenger menurut laporan Miror.


Untuk rekod Mourinho musim ini telah menerima dua kali hukuman daripada FA England diatas kesalahan beliau yang mengeluarkan komen dan mempertikaikan keputusan pengadil.

Kali pertama beliau dihukum setelah mengeluarkan komen terhadap pengadil Anthony Taylor dalam perlawanan Liverpool menentang Manchester United dan kali kedua pada perlawanan menentang Burnley.

Untuk kesalahan tersebut, Mourinho dikenakan hukuman larangan berada dibangku simpanan pemain untuk satu perlawanan (setiap kesalahan) selain denda yang berjumlah 58,000 pound untuk kedua-dua kesalahan tersebut.

“I never pushed the referee, so I don’t have a comparison,” said Mourinho, when asked about the charge Wenger faces. - Miror

Selain Mourinho, pembantu beliau Rui Faria juga dikenakan tindakan enam penggantungan (larangan berada dibangku simpanan pemain) pada tahun 2014 ketika Mourinho merupakan pengendali Chelsea. Larangan tersebut dikenakan terhadap Faria yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan walaupun tiada sentuhan fizikal yang dilakukan.

Mourinho yang khuatir jika terdapat keputusan 'pilih kasih' FA England dalam menentukan hukuman terhadap Wenger dan mahukan keputusan yang kosisten diberikan tanpa mengira siapa yang bersalah.

Pada tahun 2014, Mourinho dan Wenger terlepas daripada menerima hukuman selepas bertengkar di kawasan bangku simpanan pemain dan menurut Mourinho beliau pasti akan dikenakan tindakan jika beliau yang menolak Wenger ketika itu.

Mourinho jelas kecewa jika Wenger sekali lagi terlepas daripada hukuman berat memandang kesalahan Wenger ini disifatkan lebih teruk daripada apa yang beliau lakukan sebelum ini sehinggakan beliau menerima hukuman penggantung daripada berada dibangku simpanan pemain.

Wenger walaupun telah memohon maaf diatas kejadian tersebut melalui sidang media sejurus tamat perlawanan dilaporkan tetap akan menerima denda dan hukuman diatas kesalahan beliau itu.

Wenger refused to confirm publicly what had been said to Taylor but did apologise for his behaviour and now has until Thursday at 5pm to respond to the charge. After the game, Wenger claimed that his language had been “nothing bad” and something you “hear every day in football”. - Telegraph.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.