Header Ads

Seorang lagi pemain kacukan Malaysia.

Sebelum ini kami, KakiBola melaporkan mengenai Datuk Ong Kim Swee (OKS) yang dilaporkan berminat untuk memanggil Kiko untuk menyertai skuad Harimau Malaysia selaku pemain nutralisasi Malaysia (rujuk disini : OKS Sedia Panggil Seorang Lagi Pemain Naturalisasi).

Kiko yang mempunyai 'pertalian darah' dengan Malaysia melalui bapanya yang berasal dari Sabah telah memilih untuk menjadi 'rakyat' Malaysia setelah membuat pilihan untuk mewakili Pahang selaku pemain tempatan.
Melihat kepada Kiko yang telah membuat pilihan untuk menjadi rakyat Malaysia, adakah kita juga mampu melihat abang beliau yang berusia 30 tahun akan bermain mewakili skuad Harimau Malaysia atau selaku pemain tempatan yang mewakili mana-mana pasukan Liga Malaysia?

Memandangkan bapa beliau berasal dari Sabah, jadi tidak mustahil untuk memangil beliau untuk beraksi selaku pemain tempatan (paling tidak) jika tidak mampu untuk beraksi mewakili Harimau Malaysia sebagaimana Kiko yang telah dinaturalisasikan.

Kenali Abang Kepada Kiko Insa.

Nacho Insa
Ignacio Insa Bohigues
Jika Fransisco Javier Insa Bohigues dikenali dengan panggilan Kiko Insa, abang beliau Ignacio Insa Bohigues pula dikenali dengan panggilan Nacho Insa.

Dilahirkan di Cocentaina,Sepanyol; Nacho Insa kini bermain untuk kelab Lavente yang beraksi disaingan La Liga2, merupakan pemain yang dilahirkan dari akademi Valencia.

Beliau membuat kemunculan pertama pasukannya dalam perlawanan persahabatan dengan Fenerbahçe pada Julai 2006, namun menghabiskan musim itu (2006/2007) bersama skuad Valencia B.
Berikut adalah kelab-kelab yang penah diwakili beliau.

Rekod Nacho Insa mewakili pasukan/kelab:
Musim Kelab Saingan
2006-2007 Valencia B Division 2
2006-2007 Valencia Divison 1
2007-2009 Eibar (loan) Division 2
2009-2011 Villarreal B Division 2
2010-2011 Villarreal Division 1
2011-2013 Celta Division 1&2
2013-2014 Antalyaspor Division 1
2014-2015 Zaragoza Division 2
2015-2016 Alcorcón Division 2
2016-sekarang Levante Division 2

Rekod penampilan beliau:
SainganPenampilanJaringanBantuan
LaLiga2
231
9
2
LaLiga
20
2
-
Süper Lig (Liga Turki)
16
-
1

Namun semuanya bergantung kepada pasukan Liga Malaysia dan beliau sendiri, Nacho Insa sama ada mahu menjadi rakyat Malaysia ataupun tidak.

Semoga ada pegawai dari FAM yang mengikuti perkembangan seorang lagi pemain berdarah kacukan Malaysia ini.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.