Header Ads

'Eva Carneiro' sertai TCFC


The Sharks are coming!
Terengganu City FC (TCFC) hari ini melalui laman rasmi Facebook mereka mengumumkan 'Shark' ataupun 'jerung' terbaru mereka.

Fortunella Levyan diibaratkan Eva Carneiro yang satu ketika pernah bersama skuad Chelsea.



Lupakan  Eva Carneiro kerana kita kini mempunyai Fortunella Levyan bersama TCFC sebagai fisioterapis pasukan dari pantai timur itu yang bakal membuat penampilan didalam Liga FAM.


Jom kenali siapa Fortunella Levyan atau lebih mesra dengan panggilan Nella.

Nella yang memulakan karier beliau sebagai seorang fisioterapi pada tahun 2013 bersama kelab dari Indonesia Pelita Bandung Raya (PBR) selama tiga tahun sebelum beralih kedunia futsal pada tahun lepas (2016).

Mengakui terdapat perasaan kekok dan segan apabila memulakan tugasnya diawal karier beliau, Nella kini semakin selesa menjalankan tugasnya selaku fisioterapis pasukan bola sepak (lelaki). Walaupun pada peringkat awalnya mempunyai perasaaan malu untuk bertanyakan dimanakah sakit yang dialami kepada pemain yang cedera dipadang namun kini beliau tidak lagi merasa janggal untuk melakukan tugas tersebut setelah tiga tahun bersama pasukan bola sepak.

Nella meminati bekas bintang import Selangor, Bambang Pamungkas berkongsi pengalaman sedih yang tidak mampu dilupakan beliau ketika bersama kelab PBR dimana pemain Sekou Camara meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nella layari Sepak Bola.

Sumber : Sepak Bola.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.