Header Ads

Pertembungan 'El-Classico' Klang Valley League 2017

Juara Selangor Champions League musim lalu, Terrapins FC tumpas kepada Ingress Tigers dalam aksi KV Shah Alam Super League 2017 (KVL) malam tadi.

Pertembungan dua pasukan ini dibaratkan pertembungan 'El-Classico' tampil dengan aksi penuh dramatik dan 'panas' malam tadi. Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai sedikit mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan.

Terrapins bermula dengan agresif pada awal babak pertama kerap melakukan serangan namun gagal menghasilkan sebarang gol. Sebaliknya Ingress Tigers berjaya menjaringkan gol pertama dan pembukaan perlawanan melalui jaringan Andrew Milam Lorei (Andy) setelah menerima lorongan cantik Azrin untuk Ingress Tigers mendahului 1-0.

Terrapins yang tidak berputus asa dalam mencari gol penyamaan akhirnya berjaya merapatkan jurang melalui jaringan Razzmir dipenghujung babak pertama untuk mengikat 1-1.

Ingress Tigers FC
Bersambung babak kedua, Adli berjaya meletakkan Terrapins dihadapan sebelum Rahmat Azeme berjaya mengikat kedudukan 2-2.

Terikat 2-2 , kedua-dua pasukan saling mengasak dan mencari gol kemenangan dengan menampilkan corak permainan pantas. Gol kemenangan Ingress Tigers hadir pada minit terakhir babak ketiga hasil jaringan pemain Andy. 

Tamat permainan Ingress Tigers 3-2 Terrapins. Kemenangan Ingress Tigers ini meleburkan rekod tanpa kalah Terrapins musim ini.

Terrapins FC
"Game tadi very balanced and it was a very tactical game. Both team played well. The best team won" - Heiqal.

Keputusan lain-lain perlawanan (Minggu kelima).

  • SA Antlers (3 - 0)Ex-Project
  • Sunway U (2 - 2) Level Up
  • SJSA (6 - 1) KRU
  • SA Utd (2 - 2) Perindu Legend
  • AU FC (1 - 0) SLBJ
  • Dataran (3 - 1) CABJ
  • Ingress (3 - 2) Terrapins 
  • PIB (1 - 1) Alam Megah


Kedudukan terkini KVL selepas perlawanan malam tadi.


Ingress Tigers sebelum perlawanan.

 Ingress Tigers selepas perlawanan.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.