Header Ads

'Siapa kata Messi, Ronaldo paling hebat?'

Suarez muncul sebagai penyerang serba lengkap tahun 2016. 



'Siapa kata Messi, Ronaldo paling hebat?'
BILA bercakap sahaja mengenai bola sepak, boleh dikatakan ramai mengangkat Lionel Messi sebagai pemain terbaik di dunia.

Jika bukan penyerang Barcelona itu, pilihan kedua adalah bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang mana kedua-dua pemain itu sering konsisten meledak 30 gol untuk setiap musim.

Namun, percayakah anda bahawa kedua-dua pemain itu sebenarnya bukan yang 'terbaik' untuk tahun lepas biarpun Messi dan Ronaldo sering dominasi anugerah Ballon d'Or sejak 2008 lalu.

Suka atau tidak, Luis Suarez diangkat menjadi pemain paling sempurna dan terbaik di Eropah berdasarkan statistiknya yang benar-benar mengagumkan.

Suarez adalah yang terbaik di Eropah berdasarkan statistik jumlah jaringan dan 'assist' bagi tahun 2016.


Suarez bukan sahaja berbisa di depan gawang lawan tetapi bekas pemain Liverpool itu juga menjadi pemain yang kerap menyumbangkan hantaran jaringan kepada rakan-rakan sepasukan, bukan sahaja di dalam aksi La Liga tetapi pencapaian Suarez mengatasi mana-mana pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris, Ligue One, Bundesliga atau Serie A.

Penjaring terbanyak didalam liga bagi tahun 2016.
Senarai pemain terbanyak menghasilkan 'assist' 2016.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.