Header Ads

Siapa Cohen Bramall?


SUDAH menjadi kebiasaan buat peminat dan penyokong Arsenal setiap kali menjelang jendela perpindahan pemain dibuka. Selain bermain teka-teki mengenai siapa yang bakal di'pikat' oleh Arsene Wenger, peminat dan penyokong Arsenal juga terpaksa membuat carian di Google mengenai siapakah pemain yang telah dibeli oleh Wenger.

Terbaru Arsene Wenger telah mengesahkan pembelian pemain baru walaupun sebelum ini beliau mengatakan tiada keperluan untuk membeli pemain buat masa kini bagi mengisi skuad Arsenal.

Cohen Bramall
Pembelian pemain muda ini Cohen Bramall 20 tahun disifatkan Wenger sebagai pemain yang mirip dengan gaya permainan bekas pemain Arsenal iaitu Ashley Cole.

Ashley Cole merupakan sebahagian daripada skuad 'invincible' Arsenal.
Bramall yang bermain diposisi pertahan kiri juga berkebolehan bermain diposisi sayap kiri bermain untuk pasukan Hednesford Town FC yang bersaing didalam Liga Premier Utara yang menampilkan kelab-kelab amatur dan separa profesional.
Logo kelab Hednesford Town FC
Menjadi satu lagi persoalan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal, adakah pembelian ini untuk skuad sekarang ataupun untuk masa depan?

Wenger dalam kenyataan beliau di beINSPORTS menegaskan bahawa Bramall masih belum bersedia untuk beraksi didalam saingan Liga Premier.

Sekali lagi pembelian pemain baru untuk Arsenal mengecewakan peminat-peminat mereka diseluruh dunia.

Skuad Hednesford Town
Video gol jaringan Bramall.

'Rabona' Assist daripada Bramall.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai liga ini boleh layari laman web mereka di Evo Stik League.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.