Header Ads

Pahang Gugurkan Import Yang Baru Didaftar.


Dari sumber dalaman Persatuan Bolas sepak Negeri Pahang (PBNP), Pahang akan menggugurkan penyerang import yang baru ditandatangani iaitu Julius Oiboh.

Oiboh, 26 tahun dari Nigeria sebelum ini bermain di Thailand Premier League bersama pasukan Big Bang Chula United Football Club (BBCU).


Pemain ini sudah pun didaftarkan sebagai pemain import Pahang dengan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

Pihak kami masih belum dapat memastikan punca utama kenapa Oiboh digugurkan menjelang dua hari sebelum liga bermula.

Kami turut mendapat maklumat bahawa seorang penyerang dari Brazil akan menggantikan tempat Oiboh ini.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.