Header Ads

Pemain pertahanan Chapecoense, Alan Ruschel mula berjalan buat pertama kali

Pemain pertahanan Chapecoense, Alan Ruschel mula berjalan buat pertama kali selepas terselamat dari nahas kapal terbang yang tragis dan memberitahu peminat: 'Saya ingin memberitahu anda bahawa saya sedang pulih dengan baik'




Salah seorang pemain Chapecoense yang terselamat dari nahas udara yang meragut nyawa 19 rakan sepasukannya telah mula boleh melangkah buat pertama didalam fasa pemulihan beliau.

Alan Ruschel, pemain berusia 27 tahun yang dijumpai masih selamat dari nahas itu merupakan mangsa pertama yang diselamatkan dari lokasi kemalangan di kawasan pergunungan di Colombia didapati mengalami beberapa keretakan.

Semenjak dipindahkan ke Klinik Somer yang merupakan salah sebuah hospital terbaik di Rionegra, Colombia, Ruchel telah menunjukkan proses pemulihan yang semakin baik dan perkembangan beliau juga dikatakan semakin baik serta samakin pulih.

Video yang menunjukkan beliau telah mula mampu berjalan.


Beliau berkata: "Saya ingin memberitahu anda bahawa saya sedang pulih dengan baik, saya tidak lama lagi akan kembali ke Brazil untuk menyelesaikan pemulihan saya.

'Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua, atas sokongan yang diberikan dan saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terima kasih banyak.'


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.