Header Ads

Santi Cazorla berehat lama.

Santi Cazorla yang telah terlepas 6 minggu perlawanan akibat kecederaan kini bakal terlepas aksi untuk 3 bulan berikutnya.



Arsenal bakal kehilangan khidmat perancang tengah Santi Cazorla untuk 3 bulan berikutnya selepas beliau akan menjalani pembedahan pergelangan kakinya.

Pemain yang berusia 31 tahun itu terlepas aksi selama 6 minggu sebelum ini akibat kecederaan yang dialaminya ketika saingan Champions League menentang Ludogorets pada 19 October lalu.

Selepas mengalami kecederaan itu walaupun mengikuti progam pemulihan, beliau masih mengalami kesakitan dan perkembangan ini mengganggu rancangan Arsenal yang mengharapkan beliau kembali sembuh secepat mungkin namun ianya tidak sebagaimana yang diharapkan oleh Arsenal dan kemudian nya membuat keputusan untuk menghantar Cazorla menjalani pembedahan di Sweden minggu depan bagi menyelesaikan masalah ini.

Dengan Cazorla menjalani pembedahan ini, Arsenal bakal kehilangan khidmat pemain ini kira-kira 3 bulan dan beliau hanya dijangka pulih seawal bulan March dan penampilan itu hanya dihujung musim 2016-2017.

"Pasukan perubatan kelab dan juga pakar telah memutuskan untuk menjalani  pembedahan kepada kaki kanan (plantaris tendon) pemain Kebangsaan Sepanyol itu" 

"Masalah (kecederaan) beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang progam rehabilitation dijalankan berikutan kecederaan beliau"

"Kami menjangkakan Santi akan sembuh sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Pasukan perubatan kami akan bekerja keras demi memastikan Santi kembali ke padang secepat mungkin."

Perkembangan itu jelas merisaukan pengendali Arsenal iaitu Arsene Wenger yang terdesak mencari formula terbaik bagi mencari kemenangan ekoran Arsenal hanya mampu memenangi 1 perlawan daripada 5 perlawanan terakhir bagi semua pertandingan semenjak ketiadaan Santi Cazorla.

Per Mertesacker dan Danny Welbeck juga merupakan antara pemain Arsenal yang mengalami kecederaan jangka masa panjang dan masih belum membuat penampilan bagi musim ini. 


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.