Header Ads

AFC Asian International Player of the Year

Pemain kelab Leicester City dan juga merupakan pemain antarabangsa Jepun, Shinji Okazaki telah melahirkan rasa gembira selepas dinobatkan sebagai AFC Asian International Player of the Year (2016).


Shinji Okazaki menewaskan rakan senegara beliau yang bermain dengan kelab Borussia Dortmund iaitu Shinji Kagawa dan pemain dari Republik Korea, Son Heung-Min (Tottenham Hotspur).

Shinji Okazaki menerima anugerah itu sebelum perlawanan diantara Leicester menentang Manchester City bermula oleh Pengarah Teknikal AFC, Andy Roxburgh di Stadium King Power.

Pengarah Teknikal AFC, Andy Roxburgh menyerahkan Anugerah AFC Asian International Player of the Year kepada Okazaki.
"Ia adalah satu penghormatan yang besar untuk menerima anugerah ini dari Konfederasi Bola Sepak Asia," kata Okazaki, bintang Leicester yang pernah bermain untuk Stuttgart dan Mainz.

"Terdapat ramai pemain berbakat dari Asia dan bermain untuk beberapa pasukan besar  dan ternama didunia, jadi saya amat teruja untuk menerima anugerah ini.

"Saya tahu bahawa Shinji Kagawa dan Yuto Nagatomo telah memenangi anugerah ini pada masa lalu jadi saya benar-benar gembira dan saya berharap saya boleh terus untuk mencapai sesuatu bersama Leicester City dan Jepun pada tahun 2017."

Okazaki yang berusia 30 tahun, memainkan peranan penting dalam membantu Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali pertama pada musim 2015/2016 dengan menyumbang 5 gol dari 36 penampilan bersama Leicester City musim lalu.

Pemenang yang edisi yang lalu:

AFC Asian International Player of the Year

Tahun Kedudukan Pemain Warganegara Kelab
2012 1st Shinji Kagawa Japan Manchester United
2nd Yuto Nagatomo Japan Inter Milan
3rd Mark Schwarzer Australia Fulham
2013 1st Yuto Nagatomo Japan Inter Milan
2nd Keisuke Honda Japan CSKA Moscow
3rd Son Heung-Min South Korea Bayer Leverkusen
2014 1st Mile Jedinak Australia Crystal Palace
2nd Tim Cahill Australia New York Red Bulls
3rd Ki Sung-yueng South Korea Swansea City
2015 1st Son Heung-min South Korea Tottenham Hotspur
2nd Ki Sung-yueng South Korea Swansea City
3rd Massimo Luongo Australia Queens Park Rangers
2016 1st Shinji Okazaki Japan Leicester City
2nd Son Heung-min South Korea Tottenham Hotspur
3rd Shinji Kagawa Japan Borussia Dortmund


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.