Header Ads

Bates telah membeli Chelsea pada nilai £1.


Kenneth William "Ken" Bates - jutawan bolasepak.


Siapa dia Ken Bates

Dilahirkan pada 4 Disember 1913 merupakan ahli perniagaan British yang pernah memilikki beberapa kelab bolasepak dan juga merupakan pemilik hotel.

Bates juga merupakan ahli Persatuan Bolasepak England - The Football Association (Eksekutif) dan terlibat dalam peringkat awal projek untuk membina semula Stadium Wembley dan dilantik pengerusi Stadium Wembley pada tahun 1997. Beliau meletak jawatan pada tahun 2001.


Pernah menjadi Pengerusi kelab bolasepak :

  1. Oldham Athletic
  2. Wigan Athletic
  3. Chelsea F.C
  4. Leeds United AFC

Chelsea.

Pada tahun 1982, Bates telah membeli Chelsea pada nilai £1.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Chelsea, beliau telah membantu kelab itu mengekalkan mereka untuk berada di Stamford Bridge dengan berjaya menghalang atau berjaya menangani pemilik ataupun pemaju hartanah yang cuba untuk mengusir mereka dari Stamford Bridge.


Pada akhir pemerintahannya bersama Chelsea, kelab ini berjaya menempatkan diri untuk berada didalam kelompok enam teratas Liga Perdana Inggeris serta berjaya memenangi trofi utama untuk kali pertama semenjak tahun 1970-an walaupun mereka mempunyai beban hutang sekitar £ 80 juta.

Pada bulan Julai 2003, beliau telah menjual kelab ini kepada jutawan Russia, Roman Abramovich dengan nilai £ 140 juta.

Leeds United.

Dan pada Januari tahun 2005, Bates telah membeli kepentingan 50% di Leeds United.
Satu lagi pasukan yang sedang bergelut di bawah bebanan hutang yang sangat kritikal ketika itu. Pada bulan Mei 2007, Leeds United telah tersingkir ke Liga Satu.

Pada tahun 2010 Leeds United kembali ke Championship dan pada Mei 2011, Bates menjadi pemilik tunggal (pegangan) keatas Leeds United. Setahun kemudian (tahun 2012) Bates telah menjual pegangan beliau (kesemua) keatas Leeds United kepada GFH Capital dengan nilai £ 55 juta.

Pagar Electrik

Pada perlawanan Chelsea menentang Tottenham di Stamford Bridge pada 27 April 1985 akibat daripada sambutan yang diluar jangkaan daripada biasa berserta ancaman keselamatan memaksa pihak Majlis London Raya (GLC) untuk campur tangan mengenai isu keselamatan.

Pagar eletrik yang dipasang namun tidak pernah di "on" kan.
Berikutan pencerobohan ke padang pada bulan sebelumnya perlawanan antara Chelsea menentang Tottenham, Pengerusi Chelsea iaitu Ken Bates memutuskan untuk memasang pagar electrik setinggi 12 kaki bagi menghalang pencerobohan penyokong ke padang.

Namun pagar electrik itu tidak pernah dipasang "on" atau dihidupkan.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.