Header Ads

Kelab Liga China Membuat Tawaran Rekod Tertinggi Dunia Untuk Ronaldo.

Sebuah kelab Chinese Super League yang tidak dinamakan telah menawarkan rekod perpindahan pemain bolasepak tertinggi dunia kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Christiano Ronaldo. 


Kelab tersebut juga menawarkan Ronaldo gaji pemain bolasepak tertinggi dunia bagi menarik minat pemain terbaik dunia itu.

Munurut ejen pemain tersebut, kelab dari China itu menawarkan €300 juta kepada Real Madrid selain dari gaji melebihi €100 juta setahun untuk Ronaldo.

Ronaldo setia bersama Real Madrid.
Walaubagaimanapun Ronaldo yang baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid tahun ini, tidak berminat dengan tawaran tersebut dan menyifatkan Real Madrid adalah nyawa beliau dan hatinya hanya untuk Real Madrid.

Untuk rekod, kelab-kelab China telah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik dunia dan terbaru Shanghai Senhua baru sahaja menandatangani bintang Argentina, Carlos Tevez dengan rekod gaji tertinggi dunia untuk pemain bolasepak.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.