Header Ads

'Klausa-klausa pelik di dalam dunia bola sepak'

MANA-MANA kelab mampu memaksa untuk membayar yuran perpindahan termahal di dunia sebagai usaha untuk mendapatkan pemain sasaran mereka.

Bagaimanapun, kadang-kadang mereka dipaksa bersetuju dengan sesuatu 'permintaan' jika mahu mendapatkan mana-mana pemain yang dihendaki itu dalam memperkuatkan pasukan mereka.

Hasilnya, beberapa pemain atau majikan kini memiliki klausa di dalam kontrak mereka yang boleh dianggap benar-benar pelik.

Kaki Bola kali ini menyenaraikan antara 11 klausa-klausa pelik di dalam dunia bola bola sepak.

1. 'Klausa tak boleh mengigit'
Mungkin ini salah satu klausa yang boleh dijangka di dalam kontrak tetapi dalam masa yang sama, ia tidak sepatutnya berlaku di dalam dunia bola sepak.


Penyerang Barcelona, Luis Suarez kerap mencipta kontroversi dengan adegan mengigit pemain pasukan lawan di dalam kariernya sekali gus memaksa The Catalan menambahkan klausa ini supaya bekas pemain Liverpool itu tidak mengulangi perbuatan yang sama di Sepanyol.

2. 'Klausa kelas memasak'
Pemain tengah Congo, Rolf-Christel Guie-Mein memastikan dia akan menyertai pasukan Jerman, Eintracht Frankfurt.


Bagaimanapun, Guie-Mien menegaskan dia hanya akan akan menandatangani perjanjian itu sekiranya bakal majikannya sanggup menambah klausa yang merancang isterinya mengambil kelas masakan.

3. 'Klausa bernilai €1 Bilion'
Tidak perlu disangkal lagi, Cristiano Ronaldo antara salah seorang pemain terbaik di dunia dan sentiasa menjadi pemain terbaik di dalam setiap perlawanan.


Ia bukan menjadi kejutan apabila Real Madrid menambahkan klausa bernilai €1 bilion (RM4.76 bilion) sebagai usaha menyukarkan mana-mana pasukan untuk membeli pemenang Ballon d'Or 2013 itu.

4. 'Klausa posisi dan kawan melawat'

Perpindahan Neymar ke Barcelona pada 2013 menjadi tajuk utama sukan bola sepak Eropah dan perjanjian itu dikatakan memiliki beberapa klausa yang pelik.


Pertama, Neymar didakwa akan meraih imbuhan di bawah £2 juta (RM11 juta) sekiranya bekas pemain Santos itu tidak mempertikaikan keputusan jurulatih mengenai posisinya di atas padang.

Selain itu, Neymar juga mempunyai klausa yang membolehkan rakan-rakannya dari Brazil datang melawat setiap dua bulan yang mana semua perbelanjaannya akan ditanggung oleh Barcelona.

5. 'Klausa tak boleh naik kapal terbang'
Bekas penyerang Arsenal, Dennis Bergkamp mendapat gelaran 'The Non-Flying Dutchman' disebabkan ketakutannya pada kapal terbang.


Bergkamp cukup dikenali dengan bakatnya di atas pdang tetapi bagaimanapun, dia mengakui memiliki fobia untuk menaiki kapal terbang.

Ketika berunding perjanjian dengan The Gunners, Bergkamp memastikan satu klausa yang menyatakan dia tidak diperlukan untuk berkunjung ke tempat yang menggunakan kapal terbang sebagai kenderaan utama.

6. 'Klausa hiburan malam'
Pada tahun 2011, Ronaldinho telah membuat keputusan untuk meninggalkan Eropah dan kembali beraksi di negara asalnya, Brazil ketika dia menyertai Flamengo.


Bagaimanapun, satu klausa pelik telah ditambah di dalam kepulangannya beraksi di Amerika Selatan.

Ini kerana bekas pemain Brazil itu meminta satu klausa supaya dia dibenarkan menikmati hiburan dua malam setiap minggu yang mana Flamengo tidak berdepan masalah untuk memenuhi tuntutan Ronaldinho itu.

7. 'Klausa Ballon d'Or'
Angel Di Maria telah menjadi tajuk utama apabila dia melakukan perpindahan termahal ke Manchester United dari Real Madrid pada 2014.


The Red Devils telah membayar yuran perpindahan sebanyak £56 juta (RM312 juta) untuk pemain terbaik Argentina 2014 tetapi kelab gergasi England itu dikatakan United harus membayar tambahan bernilai £5 juta (RM27 juta).

Malang buat Real, klausa itu hanya aktif sekiranya Di Maria memenangi Ballon d'Or yang mana bekas pemain Benfica itu masih gagal memecahkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam anugerah tersebut.

8. 'Klausa jet peribadi'
Pada tahun 2011, Samuel Eto'o membuat kejutan apabila berhijrah dari Inter Milan ke kelab mewah Rusia, Anzhi Makhachkala.


Kontrak penyerang Cameroon itu bukan sahaja menawarkan perjanjian lumayan lebih dari £20 juta (RM111 juta) setahun tetapi ia juga termasuk beberapa klausa mengagumkan.

Di dalam kontrak menyatakan, Eto'o akan bergerak menjalani sesi latihan dengan menggunakan jet peribadi yang mana dia lebih sanggup menetap di Moscow berbanding di Makhachkala.

9. 'Klausa berkelakuan baik'
Mario Balotelli memiliki sejarah di atas perbuatannya yang kerap melakukan kontroversi dan masalah di sekitar Eropah.


Penyerang Itali itu sering kali menjadi subjek utama apabila gagal mengawal sikap barannya ketika beraksi di atas padang sekali gus memaksa Liverpool meletakkan klausa itu sebaik Balotelli menandatangi The Reds.

Ia sebagai usaha untuk memastikan penyerang mereka berada di dalam kelakukan baik sebelum Liverpool melepaskan Balotelli ke kelab Perancis, Nice pada musim ini.

10. 'Klausa bonus Aguero'
Atletico Madrid telah menjual Sergio Aguero kepada Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai €36 juta (RM171 juta). Sebagai tambah untuk 'memperbaiki' nilai perpindahan itu termasuk syarat-syarat pembolehubah, Atletico menerima lebih €250,000 (RM1.18 juta) setiap 15 gol yang dijaringkan oleh Aguero.


Malah, kelab gergasi Sepanyol itu juga menerima €250,000 (RM1.18 juta) dengan setiap 25 penampilan bersama The Citizens tetapi Atletico bakal meraih 1€ juta (RM4.76 juta) sekiranya City muncul sebagai juara Liga Perdana England.


11. 'Klausa tolak £3,500 setiap kekalahan'
Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris telah bersetuju dengan Totenham Hotspur yang mana dia akan mendapat bonus sebanyak £7,000 (RM39,105) sekiranya tampil dalam kesebelasan utama dan £8,000 (RM44,691) imbuhan dengan setiap kemenangan.


Namun, gajinya akan ditolak sebanyak £3,500 (RM19,552) sekiranya Spurs sekadar meraih keputusan seri atau tewas.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.