Header Ads

Lagenda Bolasepak - Eric Cantona

Eric Cantona (Eric Daniel Pierre Cantona) dilahirkan pada May 24 1966 di Marseille, Perancis. Beliau merupakan salah seorang bintang bolasepak yang cukup terkenal di era 1990an. 



Karier

Sebelum mencipta nama bersama Manchester United, beliau pernah mewakili beberapa kelab seperti:
  1. Auxerre
  2. Martigues
  3. Marseille
  4. Bordeaux
  5. Montpellier
  6.  NĂ®mes 
  7. Leeds United
Memulakan karier awal diperingkat remaja bersama SO Les Caillols, kemudiannya menyertai AJ Auxerre pada umur 15 tahun selepas bakat beliau dikesan oleh kelab tersebut.

Eric Cantona ketika bersama kelab Auxerre.
Membuat penampilan pertama bersama Axuerre pada musim 1983/84 ketika Auxerre menang 4-0 keatas Nancy dan kemudiannya pada musim 1986/87 beliau berjaya menyertai pasukan Perancis U21.

Khidmat Negara.

Pada tahun 1984 beliau terpaksa "menggantungkan" kasut beliau buat sementara kerana terpaksa menyertai khidmat negara dan selepas berakhirnya khidmat negara, beliau menandatangi kontrak professional dalam karier beliau pada tahun 1986.

Ketika bersama Auxerre beliau telah dipinjamkan ke kelab Martigues di Division 2.

Pemain Kontroversi

Beliau mula dikenali dengan pemain yang sentiasa mencetuskan kontroversi yang berpunca dari sikap beliau dan pada tahun 1987 beliau didenda setelah menumbuk muka rakan sepasukan beliau iaitu Bruno Martini.

Tahun berikutnya beliau sekali lagi didenda dengan digantung 3 bulan yang kemudian nya dikurang kan kepada 2 bulan kerana terjahan merbahaya yang dilakukan beliau kepada pemain Nantes, Michel Der Zakarian.

Cantona belajar Kung-Fu


Pada tahun ini juga (1988) beliau bersama skuad U21 Perancis berjaya menjuarai kejohanan U21 European Championship dan beliau meyumbangkan 3 gol sepanjang kejohanan itu.

Ketika bersama Olympique de Marseille (1988) beliau sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka telah mengkritik Jurulatih Perancis dan akibatnya beliau digantung daripada menyertai skuad Kebangsaan Perancis selama setahun.

Kontroversi tidak berakhir lagi dimana pada tahun seterus nya beliau telah digantung oleh Marseille pada tahun 1989 selepas membuang ataupung membaling jersi beliau kepada pengadil semasa perlawanan amal.

Marseille yang tidak begitu gembira dengan perangai Cantona akhirnya bertindak meminjamkan beliau kepada kelab Bordeaux dan  Montpellier.
  • 1989 → Bordeaux (loan) 
  • 1989–1990 → Montpellier (loan)
Dan ketika bersama Montpellier, Cantona berjaya membantu kelab itu memenangi French Cup pada tahun 1990 dan pada musim 1990/91 beliau berjaya membantu kelab itu menjuarai Liga Perancis. Beliau kemudian nya dijual kepada kelab Nimes.

Sifat panas baran beliau sukar dibendung dan sukar dikawal apabila bersama Nimes beliau walaupun dilantik menjadi kapten namun beliau sekali lagi mengundang kontroversi apabila membalingkan bola kepada pengadil.


Sekali lagi beliau digantung dalam musim pertama beliau bersama Nimes dan karier beliau bolasepak beliau di Perancis berakhir selepas itu.

Karier di Perancis:


Youth
1980–1981 SO Les Caillols
1981–1983 Auxerre
Senior
Musim Team Penampilan Gol
1983 - 1984 Auxerre 2 2
1984-1985 Auxerre 5 2
1985-1986 Auxerre 8 0
1985–1986 → Martigues (loan) 15 4
1987-1988 Auxerre 39 10
1988-1989 Marseille 22 5
1989 → Bordeaux (loan) 12 6
1989–1990 → Montpellier (loan) 39 14
1990-1991 Marseille 21 9
1991 Nîmes 17 2

Karier baru di England.

Eric Cantona ketika bersama Leeds United.

Leeds United.

Pada tahun 1992, beliau telah menyertai Leeds United dimana beliau dalam sekelip mata menjadi begitu terkenal dikalangan peminat Leeds kerana dalam masa 3 bulan beliau telah berjaya membantu Leeds menjuarai Division Satu yang kini dikenali Liga Premier.

Selepas kegagalan Leeds United dalam saingan Piala Eropah, Cantona kemudian nya mengejutkan peminat Leeds United apabila menyertai Manchester United pasukan ataupun kelab yang dianggap "rival" bagi peminat Leeds United.

Rekod beliau bersama Leeds United.

Musim Penampilan Gol Dijaringkan
1991-1992 15 3
1992-1993 20 11

Manchester United.

Cantona meninggalkan Leeds United dengan menyertai Machester United dengan yuran perpindahan £1.2 juta ketika itu pada November 1992.

Musim pertama bersama Manchester United, beliau telah berjaya membantu pasukan ini untuk menjuarai Liga Premier setelah kali terakhir pasukan ini memenangi kejuaraan liga pada musim 1966/1967 (26 tahun).

Beliau juga merupakan pemain pertama yang memenangi kejuaraan liga berturut-turut dengan pasukan berbeza.
  • 1992 - Juara Liga bersama Leeds United.
  • 1993 - Juara Liga bersama Manchester United.
Tahun berikutanya beliau berjaya membantu pasukan Manchester United memenangi Liga dan dan juga Piala FA.


Tidak pernah putus dari kontroversi.

Kejayaan beliau bersama Manchester United juga dicemari dengan insiden yang mengakibatkan beliau digantung perlawanan.

Tendangan Kung-Fu.


Akibat daripada tendang ala Kung-Fu kepada penyokong Crystal Palace, Matthew Simmons pada tahun 1995, beliau digantung 9 bulan daripada bermain bolasepak dan diarahkan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan selama 120jam.


Musim 1994/1995 tanpa kejuaraan liga namun pada musim 1995/1996, beliau kembali membantu Manchester United memenangi Piala FA dan Juara Liga Premier.

Selepas berjaya membantu Manchester United menjuarai Liga Premier selama 4 musim, beliau akhirnya mengumumkan persaraan pada usia 30 tahun pada tahun 1997.

Hanya 5 musim.

Walaupun hanya bermain bersama Manchester United selama 5 musim, namun tempoh itu sudah cukup untuk memahatkan nama beliau selaku lagenda di Old Trafford.

Rekod bersama Manchester United

Liga Lain-lain Jumlah
Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol
1992-1993 22 9 1 0 23 9
1993-1994 34 18 15 7 49 25
1994-1995 21 12 4 2 25 14
1995-1996 30 14 8 5 38 19
1996-1997 36 11 14 4 50 15


Rekod kejayaan:


Juara Liga Premier

Juara Piala FA

Juara Liga Perancis dan Piala Perancis.



Rekod Kebangsaan (Perancis).

Tahun Penampilan Gol
1987 3 1
1988 2 0
1989 4 3
1990 7 6
1991 4 2
1992 9 2
1993 7 5
1994 8 1
1995 1 0
Total 45 20


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.