Header Ads

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016

Sembilan kategori baharu diperkenalkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 yang akan berlangsung pada 23 Disember ini.

Kategori (baru) itu adalah:

  1. Anugerah Media Sosial Terbaik
  2. Laman Web Terbaik
  3. Anugerah Komuniti
  4. Anugerah Khas - Piala Presiden
  5. Anugerah Khas - Piala Belia
  6. Anugerah Selamat Datang - MISC MIFA
  7. Anugerah Selamat Datang - PKNP FC
  8. Penghargaan Khas dan 
  9. Penghormatan Khas.
Penambahan 9 kategori itu menyaksikan pada tahun ini, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 mempunyai 25 kategori untuk dipertandingan seperti maklumat dibawah (rujuk pada gambar dibawah).

Senarai Kategori ABK 2016

Calon Anugerah untuk Laman Web dan Media Sosial Terbaik #ABK2016


Pemenang Edisi 2015 ABK.

ANUGERAH PEMENANG 2015
 Pemain Paling Bernilai 2015 SAFIQ RAHIM (JDT)
 Anugerah Khas 2015 JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT)
 Penyerang Terbaik 2015 AMRI YAHYAH (JDT)
 Pemain Tengah Terbaik 2015 SAFIQ RAHIM (JDT)
 Pertahanan Terbaik 2015 AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)
 Penjaga Gol Terbaik 2015 FARIZAL MARLIAS (JDT)
 Pemain Import Terbaik 2015 LUCIANO FIGUEROA (JDT)
 Jurulatih Terbaik 2015 MARIO GOMEZ (JDT)
 Pemain Muda Harapan 2015 MATTHEW DAVIES (PAHANG)
 Penjaring Terbanyak Liga Super 2015 DRAMANE TRAORE (PDRM)
 Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015 FRANCIS FORKEY DOE (NS)
 Fair Play 2015 LIONS XII
 Pasukan Bolasepak Terbaik 2015 KEDAH
 Kelab Penyokong Terbaik 2015 ELEPHANT ARMY (PAHANG)
 Pemain Wanita Terbaik 2015 NURUL AZURIN MAZLAN (SABAH)
 Pemain Futsal Lelaki Terbaik 2015 AZRUL HADEE TAUFIQ (FELDA)
 Pemain Futsal Wanita Terbaik 2015 SITI ASNIDAH ZAMRI (S'GOR)

Siapa yang menentukan kemenangan?

Bagi menentukan pemenang bagi edisi 2016, kesemua calon akan melalui proses undian oleh 24 jurulatih, ketua pasukan dan wakil media.

Proses undian akan berjalan sehingga 16 Disember, di mana lima pemain dengan undian tertinggi bagi setiap kategori akan disenaraipendekkan manakala pemenang akan diumumkan pada malam anugerah tersebut.

Pemilihan Pemain Terbaik. 


Kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP - Kevin Ramalingam

ABK 2016 lebih bersifat inklusif kepada semua pihak yang terbabit dan bukan hanya tertumpu kepada 90 minit aksi di atas padang.

"Bola sepak ialah gaya hidup, budaya dan kehidupan. Sebab itu kita harus mengiktiraf semua pihak yang terlibat merangkumi semua aspek ini.

"Kita mahu mengurangkan jurang antara bola sepak dan elemen-elemen itu supaya dapat membuka mata lebih banyak pihak di negara kita," katanya.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.