Header Ads

Shah Alam Antler 1-1 Ingress Tigers

Perlawanan pertama Shah Alam Antlers menentang  Ingress Tigers Football Club dalam saingan Klang Valley League yang berkesudahan 1-1.



Sabtu lalu,17 Disember 2016 perlawanan pertama Shah Alam Antlers dalam saingan Liga Amatur - Klang Valley League yang berkesudahan Shah Alam Antler 1-1 Ingress Tiger.

Apa kata penyokong Antlers.

(Pertikan kata-kata penyokong)
Jika dilihat prestasi diantara 2 pasukan ni, SAAFC vs Ingress Tigers FC aku rasa fair result. Sebab seperti dibawah :

1. SAAFC 1st official match dan aku tahu players gugup dengan situasi liga sosial dengan crowd yang ramai. Gila ko! Liga sosial tapi crowd besar! Bawak nama Antlers yang seluruh mata dan telinga Malaysia sedang memerhati dan menantikan result perlawanan. Beban tekanan untuk pemain agak besar.

2. Ingress merupakan team yang lama sudah establish dan sudah lama bermain diliga sosial dan menamatkan saingan di tangga ketiga musim lepas. Merupakan pasukan yang kuat dan stabil berbanding Antlers yang baru dibentuk - 'team shape'. So ok lah tu.

3. Umur pemain Antlers yang ramai muda dan ada belasan. 

4. Ingress ada kelebihan fizikal sebab memiliki pemain import. Antlers belum dapat guna kemahiran dan kelicikan pemain rendah kerana mungkin gugup dan tidak dapat perform seperti biasa. Jika pemain boleh bermain mengikut kebolehan mereka mungkin boleh menang.

5. 3 cubaan kena tiang dan 1 gol dibatalkan menunjukkan bahawa Antlers ada kualiti untuk memberi cabaran walaupun tanpa import dan 100% pemain tempatan dan muda.

6. 1st home match biasalah ada bermacam-macam benda yangg perlu dihadapi. Biasa get used nanti barulah boleh dihakimi. So far bagi aku dah bagus.

7. Match ni bukan untuk melihat match semata-mata tetapi untuk melihat penerimaan fans diatas kewujudan kelab yang berasaskan komuniti yang diangkat ke tahap yang lebih tinggi dari segi marketing dan promosi. So try and error ini dah kira berjaya jika diukur kedatangan fans tadi.

8. So technical team - focus atas padang. Management team focus macam mana nak tarik crowd lagi, more commercials dan macam mana nak kekalkan fans yang ada supaya kekal setia.

Tahniah SAAFC dan good luck!

Pemain ke 12.

Tekanan (provokasi) diberikan oleh Home Boys kepada pemain Ingress Tigers.

Pasukan Shah Alam Antlers banyak dibantu oleh Home Boys yang berjaya memberikan tekanan dan perang psychology terhadap pemain Ingress Tigers.

Peranan yang berjaya dan berkesan yang dilakukan oleh Home Boys terhadap pemain-pemain Ingress Tigers yang adakalanya dilihat tidak mampu mengawal emosi dan hilang tumpuan dipadang.


Namun jangan disalah anggap, Home Boys bukanlah ultras mahupun holigans. Mereka merupakan komuniti Shah Alam yang turun memberi sokongan dengan cara mereka kepada pasukan kesayangan mereka.

Walaupun Home Boys melakukan provokasi namun tiada sebarang insiden buruk yang berlaku. Inilah keindahan bolasepak yang dapat disaksikan ketika itu.

Semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan dan juga penyokong.

Tidak lupa juga kepada pemain dan pasukan Ingress Tigers yang turut sporting berjabat tangan selepas tamat permainan bersama Home Boys walaupun tekanan dan provokasi diberikan Home Boys kepada mereka ketika perlawanan sangat "berat".

Jarang kita dapat saksikan dalam perlawanan Liga Super semangat begini.

Sebahagian pemain Ingress TIgers memberi penghargaan kepada Home Boys.
*maaf gambar tidak sempat dirakam ketika ketua Pasukan Ingress Tiger dan ahli pasukan nya memberi penghargaan kepada Home Boys.

Perasaan berbeza.

Menyaksikan perlawanan ini sedikit berbeza dengan menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia. Percaya atau tidak, menyaksikan perlawanan ini seoalah-olah anda berada dekat dengan pasukan anda.

Barisan pemain SAAFC menberikan penghargaan kepada Home Boys sejurus tamat perlawanan.

Suasana sekitar hari perlawanan.


Parking - penuh sesak mungkin juga kerana terdapat aktiviti lain.
Sebahagian daripada food truck.
Meriah dengan jualan.
Sambutan terhadap food truck.
Sebilangan penonton yang hadir memberi sokongan.
Peminat kecil juga turut sama memberi sokongan kepada SAAFC.
Home Boys dengan cara mereka.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.