Header Ads

Krew yang terselamat dari nahas dedah kisah beliau.


Seorang kru yang terselamat dalam nahas pesawat yang membawa pasukan bola sepak Chapecoense berkata dia terselamat dari nahas tragis itu kerana sempat menggulungkan badan nya seperti bayi dalam perut ketika kejadian.



Erwin Tumiri berkata, ketika kejadian tersebut kesemua mangsa yang ketakutan dalam pesawat itu meninggalkan tempat duduk masing-masing dan mula menjerit ketika pesawat CP-2933 itu menjunam terhempas.

Tumiri yang terselamat dari nahas kerana 'mematuhi langkah keselamatan'.
Menurut Tumiri, beliau terselamat dari nahas itu kerana beliau mengambil langkah "mematuhi langkah keselamatan'.

'Saya letakkan beg diantara kaki saya dan membentuk kedudukan bayi dalam perut - sebagaimana yang disyorkan ketika berlaku insiden tidak diingini', kata Tumiri kepada penyelamat.

'Ketika kejadian, ramai yang berdiri dari tempat duduk mereka dan menjerit', kata Tumiri sebagaimana dipetik oleh Fox Sports Argentina.

Manakala seorang pramugari yang terselamat, Ximena Suarez turut memberitahu pihak berkuasa bahawa lampu terpadam ketika pesawat itu sedang jatuh ke bawah.

Ximena Suarez pramugari yang terselamat dari nahas itu.
"Saya tidak ingat bagaimana ia berlaku", katanya menurut laporan Deportes RCN.

Hanya enam penumpang terselamat dari nahas yang mengorbankan 71 nyawa itu.Brazil mengumumkan mereka akan berkabung selama tiga hari susulan kejadian.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.