Header Ads

Kemunculan RB Leipzig

Monopoli Bayern Munich dalam kejuaraan Bundesliga sukar untuk dicabar oleh mana-mana kelab Jerman termasuklah Dortmund yang pernah mencuba untuk memecahkan dominasi Bayern Munich pada satu ketika.


Rekod kejuaraan liga - Bundesliga secara keseluruhan. 

Bayern Munich telah memenangi liga sebanyak 26 dan perbezaan 17 kali dengan FC Nürnberg yang telah memenangi kejuaraan liga sebanyak 9 kali.

Dortmund pula ditempat ketiga dengan hanya memenangi 8 kejuaraan Bundesliga setakat ini.

No. KELAB JUARA
1.
Bayern Munich
26
2.
1. FC Nürnberg
9
3.
Borussia Dortmund
8
4.
Schalke 04
7
5.
Hamburger SV
6
6.
VfB Stuttgart
5
7.
Borussia Mönchengladbach
5
8.
Werder Bremen
4
9.
1. FC Kaiserslautern
4
10.
1. FC Köln
3
11.
Lokomotive Leipzig
3
12.
Greuther Fürth
3
13.
Hertha BSC
2
14.
Viktoria 89 Berlin
2
15.
Dresdner SC
2
16.
Hannover 96
2
17.
Karlsruher FV
1
18.
Holstein Kiel
1
19.
1860 München
1
20.
SpVgg Blau-Weiß 1890 Berlin
1
21.
Karlsruher SC
1
22.
Fortuna Düsseldorf
1
23.
Eintracht Frankfurt
1
24.
VfL Wolfsburg
1
25.
Freiburger FC
1
26.
Rapid Wien
1
27.
VfR Mannheim
1
28.
Rot-Weiss Essen
1
29.
Eintracht Braunschweig
1

Kejuaraan liga bermula zaman millennium.

Rekod menunjukkan penguasan Bayern Munich yang begitu kuat dengan 4 musim terakhir menjadi milik mereka walaupun pada satu ketika Dortmund seolah-olah cuba untuk memecahkan dominasi pasukan Bayern Munich ini pada musim 2010/2011 dan 2011/2012.

Kejuaraan Bundesliga dari tahun (musim) 1999/2000 - 2015/2016:


1999–2000 Bayern Munich
2000–01 Bayern Munich
2001–02 Borussia Dortmund
2002–03 Bayern Munich
2003–04 Werder Bremen
2004–05 Bayern Munich
2005–06 Bayern Munich
2006–07 VfB Stuttgart
2007–08 Bayern Munich
2008–09 VfL Wolfsburg
2009–10 Bayern Munich
2010–11 Borussia Dortmund
2011–12 Borussia Dortmund
2012–13 Bayern Munich
2013–14 Bayern Munich
2014–15 Bayern Munich
2015–16 Bayern Munich

RasenBallsport Leipzig - RB Leipzig

Kelab Leipzig walau bagaimanapun secara mengejut telah mencipta satu fenomena dimana secara tiba-tiba muncul calon utama musim ini untuk memecahkan  "status quo" 2 kelab yang mendominasi Bundesliga selama ini.

Walaupun baru berusia 8 tahun sejak penubuhan kelab ini namun ianya bukan penghalang untuk kelab ini mencipta satu kejutan didalam Bundesliga.

Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh syarikat minuman tenaga iaitu Red Bull Gmbh dibandar Leipzig, Saxony.

7 tahun.

Hanya mengambil masa 7 tahun untuk RB Leipzig menyertai liga utama Jerman dari liga ke 5 Jerman.

Rekod RB Leipzig dalam 7 tahun pendakian dalam liga yang disertainya sebelum berjaya menyertai liga utama Jerman.
Pencapaian RB Leipzig 7 tahun.
Rekod pencapaian kelab ini  dari liga ke-5 hingga ke liga utama.
Musim Liga Kedudukan W D L GF GA Pts DFB Cup
2009–10 NOFV-Oberliga Süd (V) 1 26 2 2 74 17 80 not qualified
2010–11 Regionalliga Nord (IV) 4 18 10 6 57 29 64 not qualified
2011–12 Regionalliga Nord 3 22 7 5 71 30 73 Round 2
2012–13 Regionalliga Nordost 1 21 9 0 65 22 72 not qualified
2013–14 Liga (III) 2 24 7 7 65 34 79 Round 1
2014–15 Bundesliga (II) 5 13 11 10 39 31 50 Round of 16
2015–16 Bundesliga (II) 2 20 7 7 54 32 67 Round 2
2016–17 Bundesliga (I)

Kehadiran Penonton/Penyokong.

Setiap kelab bolasepak tanpa penonton atau penyokong pasti tidak meriah.
Diawal kemunculan kelab ini dalam saingan liga ke 5 Jerman, hanya sekitar 2k penonton/penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan mereka.

Angka ini semakin meningkat bagi musim berikutnya sehingga la kini hampir mencecah 30k penonton/ penyokong yang menyaksikan perlawanan mereka.

Musim Purata penonton
2009–10 2,150
2010–11 4,206
2011–12 7,401
2012–13 7,563
2013–14 16,734
2014–15 25,025
2015–16 29,441

Rintangan penubuhan.

Kelab ini mendapat pelbagai dugaan pada peringkat awal sebelum tertubuhnya RasenBallsport Leipzig ataupun lebih dikenali dengan RB Leipzig.

Pada awal penubuhan RB Leipzig, ianya merupakan sebuah kelab pengganti kepada sebuah kelab ataupun pasukan yang bermain di liga 5 (division 5) Jerman iaitu SSV Markranstädt pada tahun 2009 setelah dibeli oleh Syarikat Redbull yang diketuai oleh Dietrich Mateschitz.

Beliau (Dietrich Mateschitz) mengambil masa lebih 3 setengah tahun untuk mencari lokasi dan pasukan yang sesuai bagi memenuhi impian beliau yang mahu mengusai empayar bolasepak termasuklah memilikki pasukan bolasepak atau kelab bolasepak di liga Jerman. Termasuk la beberapa usaha beliau untuk membeli kelab lain sebelum berjaya memilikki RB Leipzig.

RB Leipzig menjadi kelab kelima yang berada dibawah portfolio Red Bull Sporting selepas FC Red Bull Salzburg di Austria, New York Red Bulls di US. Red Bull Brasil di Brazil dan Red Bull Ghana di Ghana.

Tidak seperti Red Bull Salzburg dan New York Red Bulls bagaimanapun di Jerman penaja rasmi ataupun nama penaja  telah dilarang digunakan untuk diletakan pada nama pasukan/kelab.

Mateschitz kemudiannya menukarkan nama kelab ini menjadi RasenBallsport Leipzig atau lebih dikenali dengan RB Leipzig.

Kedudukan terkini liga Utama Jerman - Bundesliga dengan RB Leipzig masih belum tewas selepas mengharungi 13 perlawanan.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.